Percubaan Clash Royale melangkah ke Arena 5 tidak sesukar sejarah aku untuk ke Arena 4.
Tak sampai sebulan aku berjaya melangkah ke Arena 5 itu pun tidak bermain sepenuh masa.
Mungkin semua troop Clash Royale aku telah dinaikkan levelnya semasa aku berada di level 3 dan 4 ketika itu.
Oleh itu kekuatan aku dengan level yang seimbang dengan pihak lawan memudahkan aku ke arena dengan cepat.
Walau pun aku memperolehi banyak troop epic tapi aku kekalkan troop asal aku dan fokus naikkan level troop asal dengan harapan chest berikan card dari masa ke semasa.
Bantuan donation dari clan juga mempercepatkan level troop aku.
Tidak dilupa member aku memberi tunjuk ajar teknik ajar exlicir aku tak habis cepat. Teknik yag baik...
Hajat asal nak uninstall jer Clash Royale tapi anak aku pun main..adusss.
Anak aku kini dalam Arena 4 dan berpotensi ke Arena 5 tak lama lagi.
Aku join clan anak aku dan rakan-rakan dia...tapi aku suruh dia rahsiakan. Malu ler lawan dengan budak darjah 3...hihihihihi.
By the way, as oldest member aku masih pegang ranking tempat pertama dan anak aku tempat kedua...we are the strongest.
0 Ulasan