Anak aku kini dalam percubaan sebagai pengawas percubaan di sekolah beliau.
Aku balik dari kerja tadi dengan bangga beliau mengatakan kini beliau telah terpilih sebagai pengawas sekolah.
Aku pun tak pernah merasa jawatan tersebut semasa di bangku sekolah dahulu. Pernah memohon tapi di tolak..hihihihi. Bukan sebagai pengawas sekolah tapi pengawas perpustakaan. Teruk.
Kini anak aku melangkah setapak jauh dari aku dalam usaha beliau mendapatkan jawatan pengawas sekolah.
Percubaan 3 bulan sebelum pengesahan jawatan dan aku berharap dan berdoa ia dapat melaksanakan tugasnya dengan baik sepanjang tempoh percubaan ini.
Kenapa aku beria-ria mahu Hanis Hanif mendapatkan jawatan tersebut. Pertama sebagai pengawas sekolah, mahu tak mahu harus patuhi disiplin sekolah yang ditentukan. Oleh itu ia akan terbentuk sendiri dengan tanggungjawab sebagai pengawas sekolah.
Kedua sebagai pengawas sekolah biasanya budak pandai-pandai jer. Kalau anak aku jadi pengawas sekolah maka ia dalam kategori budak pandai ler tu..hehehehehe.
Walau bagaimanapun itu semua usaha dia kan. Aku punya style...alang-alang kau dalam percubaan tu buatlah yang terbaik. Kalau kau buat yang terbaik sudah tentu kau lulus sebagai pengawas.
Bukannya suruh kau belajar cuma bertanggungjawab terhadap disiplin di sekolah. Cuma masalahnya komunikasi dengan rakan-rakan ler. Macam mana nak tegur mereka kalau rakan anda melanggar peraturan. Memang payah berurusan dengan manusia tapi itu cabarannya..
0 Ulasan