Inilah rupanya Surat Terbuka Lin Dan Kepada LCW

Inilah rupanya Surat Terbuka Lin Dan Kepada LCW

Inilah rupanya Surat Terbuka Lin Dan Kepada LCW
SURAT DARIPADA LIN DAN KEPADA LEE CHONG WEI (Terjemahan daripada bahasa inggeris &FC mandarin)

Bila kamu membaling raket dan melompat meraikan kemenangan, saya berasa sungguh bangga dengan kamu.

Kita berdua telah pun berkenalan sejak berumur 16 tahun. Ketika itu kita masih muda, kita ada Taufik Hidayat dan Peter Gade (hero perseorangan lelaki ketika itu) dan kita berdua tidak dikenali dan masih belum cukup bagus ketika itu. Kali pertama kita bertemu dalam satu perlawanan, saya menang tetapi sama ada kita berdua sedar atau tidak selepas beberapa tahun, kita telah bermain dan berlawan dalam begitu banyak kejohanan.

Kita berdua beberapa kali telah menang dan kalah, sudah tentu mungkin apa yang banggakan saya ialah saya telah menang lebih banyak daripada kamu. Tetapi saya tak mahu bercakap tentang keputusan perlawanan kerana kita berdua tidak boleh dinilai melalui keputusan perlawanan. Orang panggil saya "Super Dan" dan ada juga yang sedih dengan kamu kerana kamu kurang bernasib baik berbanding saya setiap kali kita bertemu dalam kejohanan besar, saya masih lagi pemenang.

Saya masih mahu mengucapkan terima kasih. Walaupun nama saya sentiasa tercatat dalam senarai pemenang kejohanan besar tetapi ada nama "Lee-Lin", nama yang sentiasa bertemu di final kejohanan. Kita seperti Messi & Ronaldo, Larry Bird & Magic (legenda bola keranjang) dan nama apa lagi ntah. Maaf, saya tak ingat. Setiap kali kita bertemu, pertemuan ini akan diingati buat selama-lamanya.

Kita berdua semakin tua. Muka baru pemain badminton yang berjaya telah meningkat baik. Kadang-kadang saya sempat hantar mesej dan bercakap melalui telefon dengan kamu bercakap tentang pemain muda kita. Mereka semua bukan seperti kita. Kita berdua telah berlatih dengan begitu lama dan berusaha keras hingga ke tahap ini. Bila saya bertemu dengan kamu di final, saya sentiasa memberikan yang terbaik kerana kamu merupakan persaing terhebat saya. Di sukan olimpik rio ini, saya hampir kalah ketika bertemu pemain muda India di suku akhir. Saya hampir mengalah dan putus asa tetapi saya masih ingat dengan janji kita untuk bertemu di separuh akhir dan saya tetap mahu penuhi janji itu.

Kita telah bertemu sebanyak 37 perlawanan, itu bermakna kita telah berlawan selama 12 tahun bermula dari ketika kali pertama kita bertemu. Jujurnya, ketika saya kalah kepada kamu dalam satu perlawanan, saya tidak kecewa kerana kamu merupakan persaing terhebat saya. Saya tidak kisah jika kalah kepada kamu, kerana kamu satu-satunya lawan terhebat saya. Apabila kita berpelukan selepas perlawanan, ia umpama mimpi kerana kita telah kembali seperti 10 tahun yang lalu.

Saya akan simpan jersi kamu dan ceritakan kepada anak saya, "Nak, di luar sana ada nama pak cik yang hebat, iaitu Lee Chong Wei, dia lawan yang terhebat ayah dan dia juga kawan baik ayah".

Pertemuan terakhir dengan kamu pada tahun ini merupakan pengalaman terindah saya dan akan sentiasa dikenang buat selama-lamanya. Selamat berjaya.

- Lin Dan

Catat Ulasan

0 Ulasan