
Terima maklumat terkini whatsapp kini sync dengan facebook seperti gambar diatas.
Menurut maklumat dibawah semua maklumat anda akan dikongsi di Facebook. Tapi apa yang aku baca ia tidak akan mengambil maklumat chat anda dan kongsi di laman Facebook.
Kalau macam tu tak mengapalah. Sebab tujuan sync Whatsapp dengan Facebook adalah bertujuan untuk memberi peluang memperluaskan iklan berbayar anda kini dikongsi dengan Whatapp. Itu kata Facebook ler..
Lagi pun untuk aku itu hak Facebook kalau nak sync dengan Whatsapp sebab ia dah beli Whatsapp berbilion dolar. Takkan dia nak kasi kau selama-lamanya pakai percuma...Manyak cantik!!!
Sudah tentu ia akan gunakan Whatsapp untuk kembangkan Facebook. Itu strategi perniagaan.
Untuk aku, aku malas nak tick off option tersebut. Sebab tak der apa-apa impak kat aku pun. Whatsapp untuk aku macam mesej tanpa ada maklumat terselindung.
Kadang-kadang menyampah aku melihat orang yang copy paste benda yang dia tak faham dan lepas tu cuba terangkan kat kau..hahahaha.
Lainlah kau takut dengan diri kau, banyak maklumat skandal kau simpan dalam whatapps.. Lepas tu suruh kita orang ramai-ramai ikut kau..
Tapi ini semua hak anda..Apa yang aku baca ianya hanya strategi perniagaan sahaja.
*SEGERA*
1. Buka Whatsapp.
2. Click pada Settings
3. Click pada Account
4. Anda akan nampak 'Share My Account'.
5.Baca di bawahnya anda akan dapat lihat bahawa semua maklumat anda dalam whatsapp dikongsi di facebook.
6. Cepat2 switch off fungsi tersebut
7. Anda hanya ada 30 hari untuk tidak mengaktifkan fungsi ini
Melainkan anda mahu semua maklumat whatsapp anda dikongsikan di facebook!
*JANGAN ABAIKAN*
[ Share ]
0 Ulasan