
Anjing liar di Taman Tanjung Minyak Jaya itu kat umah aku ler. Mula-mula seekor kemudian kini menjadi 4 ekor.
Akibat penghijrahan anjing liar ini telah menyebabkan trauma yang mendalam pada isteri aku. Pendek kata kini isteri aku mengalami tekanan psikologi yang dipanggil doggy trauma...hehehehehe.
Dulu kalau seekor pun bini aku dah takut dan kini 4 ekor, mahu tak gila dibuatnya.
Payah juga bini aku nak pergi kerja pagi-pagi sebab takut bertembung dengan anjing ini. Memang akan bertembung punya sebab tempat lepak dia di selekoh perjalanan lorong isteri aku pergi ke tempat kerja.
Aku lihat semua orang selamba jer, macam anjing 4 ekor ini pak guard kat Taman aku ini.
Semalam aku dah hantar email pada MPB Melaka untuk ambil tindakan. Panggilan telefon sudah dilakukan tapi masih tiada tindakan susulan.
Sekarang kita lihat ajer ler, adakah teknologi online ini berjalan dengan baik atau hanya atas angin jer.
Banyak juga ler, tempat aduan yang aku hantar. Nasib ler kalau kena yang mana-mana..
Hopefully ada tindakan susulan...amin.




0 Ulasan