Hafiz Bakal Suami Fafau Sebenarnya Status Bujang

Hafiz Bakal Suami Fafau Sebenarnya Status Bujang

Hafiz Bakal Suami Fafau Sebenarnya Status Bujang
Pening kepala lihat kes Fafau atau Farah Fauzana ini. Berdasarkan artikel aku yang lepas mengatakan kes Fafau ini kurang logik tanpa mengetahui Hafi kahwin adalah benar ler...


Rupanya ada cerita yang lain pula. Hanya Fafau yang tahu. Aku ambil keputusan tak mahu masukkan cerita viral Fafau dan Hafiz ini lagi.

Kes yang paling mengarut aku dengar... Pendapat aku ini mesti kes pasal duit ler. Biasanya pasangan bercinta ini kalau gaduh ada 2 kes sahaja.Pasal pompuan lain atau pasal duit.

Impian selebriti terkenal Fara Fauzana untuk menamatkan zaman bujang tidak kesampaian apabila majlis yang dijadualkan berlangsung pada bulan ini dibatalkan.

Berikutan pembatalan perkahwinan tersebut wujud ura-ura yang mengatakan bakal suami beliau yang dikenali sebagai Mohamed Hafiz merupakan suami orang. Fara Fauzana bagaimanapun enggan mengulas lanjut hal ini.

Terbaru, lelaki terbabit tampil menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak. Menurut Hafiz dia tidak pernah bernikah dan status perkahwinannya itu tidak pernah dirahsiakan kepada Fara Fauzana.

Status perkahwinan saya bukan alasan pernikahan saya dibatalkan oleh Fara Fauzana. Alasan mengapa perkahwinan itu dibatalkan hanya diketahui oleh Fara.
Saya juga ingin menyatakan ada beberapa perkara tidak tepat dan spekulasi yang dilaporkan oleh banyak media cetak dan media atas talian.


Pertama, saya tidak menghadiri sidang media (bersama Fara) berdasarkan kepada persetujuan bersama dengan Fara. Ia dilakukan untuk melindungi privasi saya dan keluarga saya. “Satu lagi perkara tidak tepat ialah usia saya. Sebelum ini dilaporkan saya berusia 38 tahun dan ini tidak benar. Saya hanya berusia 30 tahun, tahun ini.

Saya masih lagi cuba menenangkan diri daripada pembatalan perkahwinan saya sendiri. Ia sangat memberi kesan mendalam juga kepada saya.
Menurut Hafiz berita tentang status dirinya itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada nama baik dan perniagaannya. Katanya, ia juga menyebabkan tekanan emosi yang tidak sepatutnya dan kerugian kepada beliau serta ahli keluarga terdekat.

Catat Ulasan

0 Ulasan