Hari ini bulan September aku mengubah design website iaitu Hanif Photo Blog aku khas foto-foto yang aku ambil dengan design yang lebih mantap.
Aku amat puas hati dengan design terbaru ini kerana paga hadapan memaparkan keseluruhan gambar yang aku ambil. Masalah utama buat website fotografi ialah ia tiada penulisan maka kalau kita guna website yang macam aku guna untuk Hanif Idrus Blog ini, agak tidak sesuai.
Akhirnya setelah mencari aku menjumpai design ini, khas untuk fotografi dengan memaparkan gambar sahaja. Seperti gambar di atas, laman utama agak menarik dimana ia memaparkan 23 gambar dari artikel dengan susunan yang kemas.
Setelah anda klik gambar pilihan, ia akan keluar seperi gambar di atas ini dengan side bar yang boleh kita isikan maklumat terbaru.
Tujuan aku membuat blog fotografi ini adalah sebahagian koleksi peribadi yang aku ingin kongsikan terutama tentang budaya atau aksi spontan masyarakat kita.
Selain itu objek fotografi bersifat abstrak serta kalau ada masa minta juga pada makro.
Inilah hobi yang aku ingin kongsi bersama rakan-rakan fotografi diluar sana.
Selain itu dalam promosikan blog fotografi aku ini, aku ada selitkan sliding di sidebar blog aku ini..hahahaha.
Kalau buat website, tak der orang jenguk tak best ler....ahaks...
0 Ulasan