
Hari ini aku join aktiviti tahunan kali ke 4 AuoSunpower Pertandingan Bowling Tertutup 2016 yang diadakan di MITC Bowling Center.
Aku tak ler pandai sangat main bowling ini tapi cuti panjang ini baik aku ambil kesempatan penuhkan jadual satu minggu bercuti..hehehe.
Team aku bernama Team Sup's tapi seganlah guna nama Supervisor lak. Lalu kami namakan Sup Ayam.....hahahahaha.

Setiap team harus diwakili oleh 3 orang. Dan peraturan permainan ini ialah 3 frame setiap team dan team yang paling besar markahnya akan diangkat sebagai juara.
Sudah tentu aku tak mengharapkan kemenangan sebab aku bukannya pandai main. Dan untuk pengetahuan dari ketiga-tiga kami ini, akulah yang peroleh markah paling rendah..ahaks.
Walau apapun AuoSunpower Bowling Tournament 2016 ini adalah bertujuan untuk meraikan pekerja dan kita sebagai pekerja harus menyokongnya...eyahhhh...


0 Ulasan