Penjawat Awam Ditangkap Memulau

Penjawat Awam Ditangkap Memulau


Bukan perkara biasa penjawat awam negara ini memulau. Ianya di anggap pelik jika mana-mana penjawat bekerja lebih masa demi perkhidmatan secara ikhlas.

Belum pernah dalam sejarah hidup aku melihat kaunter di pejabat awam penuh. Kalau ada 10 kaunter hanya 3 hanya dibuka itupun kalau bernasib baik.

Walau pun ada penambaikan beberapa jabatan kerajaan namun ianya belum cukup lagi. Banyak ruang penambaikan yang boleh dilakukan.

Nasib baik cadangan pengurangan kerja dari 8 jam ke 6 jam tidak direalisasikan, kalau tak menangis rakyat Malaysia..huhuhuhu.

Sekarang ini pun penuh birokrasi ditambah dengan pengurangan kerja, mahu ulang alik kita ke jabatan kerajaan untuk perkara remeh...

Beberapa penjawat awam ditangkap minum pagi dan membeli belah di waktu berkerja di bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (SSAAS) pada 13 Februari yang lalu.

Lawton mengejut (spot check) yang dilakukan oleh Dato? Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi dan Unit Integriti SUK Selangor di bangunan SSAAS itu mendapati masih ramai kakitangan awam melakukan kesalahan itu di waktu berkerja.

?Unit Intergriti SUK Selangor akan memantau aktiviti ini dan tindakan tatatertib boleh diambil,? jelas kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook beliau.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, pemantauan mengejut itu berjaya ?menangkap? 4 orang pegawai audit 5S yang sedang bersarapan pagi di Kafe Dewan Jubli Perak.

Beberapa penjawat awam yang lain juga turut dilihat membeli belah di gerai-gerai kecil di bangunan terbabit.

Diharapkan semua penjawat awam dapat mengubah budaya ini demi nama baik perkhidmatan awam,? jelas kenyataan itu.

Catat Ulasan

0 Ulasan