
Hari ini kami tak keluar ke mana-mana. Hari ini adalah aktiviti bebas setelah 3 hari jenuh kami menaiki gunung, melihat air terjun, melihat pantai dan snorkling.
Kaki pun dah terasa perit kat betis, disebabkan aktiviti lasak di Lombok.
Hari ini kami berjalan ke Senggigi Beach yang berdekatan dengan hotel kami menginap.

Pergi dengan menaiki teksi yang mudah di perolehi. Bayaran dari hotel ke Senggigi Beach hanya RP6000 sahaja. Dekat sangat dari hotel kami.
Kami berjalan-jalan di sekitar Senggigi Beach dan juga pergi ke jeti disana.
Hari Ahad memang penuh pantai dengan orang. Seronok melihat anak-anak melompat dari jeti ke air laut yang amat jernih.
Sempat tangkap gambar anak-anak melompat dari jeti. Maveles!!!!
Selain itu kami juga sempat makan satay dan makanan tradisional Lombok iaitu Butalang..entah nama dia betul ker tak? Aku dah lupa...ahaks.

Iaitu nasi yang dibalut dengan daun. Di Malaysia lebih kurang macam ketupat ler.
Segala-galanya cantik di Lombok. Air yang bersih serta melihat karenah anak-anak bermain air laut. Serta penduduknya yang mesra buat kami senang di sana.
Di Senggigi Beach kalau anda mahu massage atau spa juga banyak di sana. Boleh pilih mana-mana yang anda mahu.
Tapi yang menariknya di Senggigi Beach kita boleh melihat matahari terbenam. Ramai kata memang cantik ambil gambar di sana.
Aku belum ada kesempatan, tengoklah kalau ada rejeki..amin.

posted from Bloggeroid
0 Ulasan