Tenunan Lombok Indonesia

Tenunan Lombok Indonesia


Tempat pelancongan kami pergi ialah di tenunan songket di Lombok Barat. Terdapat sebuah kampung yang namanya Sukaka kesemuanya menjual barangan tenunan yang di tenun oleh kaum wanitanya.
Manakala lelakinya pula kebanyakkan adalah petani.

Kami pergi sana tadi dan terus ke koperasi setempat yang menjual produk tenunan hasil kampung tersebut.


Nama kampung lupa ler..tapi kalau anda ke Lombok pasti dibawa ke sana.

Keistimewaan pergi ke tempat tenunan ini ialah mula-mula anda diterangkan sejarah tenunan di kampung tersebut serta ditunjukkan contoh tenunan.

Kalau anda berminat untuk mencuba tidak ada masalah. Tapi wife aku malu lak...tapi mahu tu...aku tahu...hahahahha.

Kemudian kami dibawa mencuba pakaian tenunan Sasak dan bergambar di rumah adat yang disediakan di sana.


Penjelasan yang diberikan oleh pekerja di tenunan tersebut amat mesra dan jelas. Suka aku kat dia..hahahaha. Jangan salah sangka ianya lelaki

Selepas itu barulah kami membeli belah tenunan songket disana. Saya cadangkan anda membawa 1 juta ke atas jika mahu benar-benar mahu membeli belah di sana.

Harganya rata-rata dalam RP200,000 ke atas. Tetapi jangan salah faham sebab ianya adalah hasil tenunan manual dan kualitisnya terbaik.
Itu harga kira murah bangat tu.

Wife aku hampir habis RM 1 juta disana..hahahahaa.









Catat Ulasan

0 Ulasan