Bersih 5 : Merah Dan Kuning Hero Malaya

Bersih 5 : Merah Dan Kuning Hero Malaya


Pada 19.11.2016 adalah adalah tanda keramat perhimpunan politik picisan pembangkang dan pemerintah.

Bersih 5 adalah kesinambungan perhimpunan tahunan pihak pembangkang sebagai protes kekotoran politik pemerintah amnya BN.

Dan baju merah pula sebagai pengimbang kerajaan pemerintah akan menyuarakan kesetiaan dengan turut serta menyertai perhimpunan Bersih 5.

Pihak polis telah mengambil tindakan drastik dengan menangkap pemimpin-pemimpin ini sehari sebelum Bersih 5 ini.

Pihak FRU telah dikerahkan mengawal sekitar Kuala Lumpur untuk mencegah berlaku perkara yang tidak diingini. Dan paling penting mengelakkan pertembungan dua puak ini yang mungkin akan mencetuskan pergaduhan.

Merah dan Kuning berlagak seolah-olah mereka adalah pejuang bangsa. Tapi kebenarannya mereka semua adalah pejuang politik yang mempunyai agenda tersendiri.

Dan malangnya mereka semua ini mempunyai pengikut yang ramai dengan menaburkan uang dan janji-janji kononnya untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Dari dulu lagi aku tak berkenan melihat sikap politik murahan sebegini. Ini bukan cara rakyat Malaysia tetapi cara manusia yang tidak bertamadun di dalam dunia yang maju ini.

Melalui perhimpunan ini kita membentuk rakyat Malaysia yang agresif dan percayalah lama-kelamaan perhimpunan seperti ini jika tidak di kawal akan mencetuskan pergaduhan besar.

Mungkin bukan pada Bersih 5 atau bukan pada Bersih 6, 7 atau seterusnya. Mungkin pada Bersih 10 apabila perhimpunan ini menjadi matang seiring emosi peserta akan berlaku pertempuran Merah dan Kuning.

Pihak berwajb harus mencantas benih-benih ini berkembang kerana pada masa akan datang perhimpunan ini akan menjadi lebih agresif.

Banyak contoh buruk boleh dilihat dinegara lain jika perhimpunan seperti ini tidak dihentikan. Bukan dikawal tapi dihentikan!!!

Jangn jadikan ia sebagai budaya tahunan rakyat Malaysia. Jangan jadikan perhimpunan ini diambil kesempatan pihak/musuh negara untuk mencetuskan rusuhan.

Percayalah wahai rakan-rakanku....banyak cara boleh diguna untuk meluahkan pegangan politik anda. Bukan ini caranya.

Catat Ulasan

0 Ulasan