Clash Royale Legendary Chest Kena Bayar 500 Gems

Clash Royale Legendary Chest Kena Bayar 500 Gems

hanif idrus blog
Hari ini aku dapat spesial offer dari permainan yang tengah aku main ini iaitu Clash Royale dengan menawarkan Legendary Chest.

Clash Royale Legendary Chest sememangnya menjadi buruan semua pemain kerana kuasa pemusnah yang hebat dan paling penting penggunaan exilir rendah.

Dengan exilir rendah dan kuasa hebat itulah Clash Royale Legendary Chest yang menjadi impian setiap pemain.

Tempoh hari aku dapat Legendary Troop Spark. Dengan 6 exilir ia mampu bunuh pihak lawan sekelip mata dan kalau kena tower ...sekali tembak setengah nyawa tower kau hilang. 2 kali tembak tower mahu nangis pihak lawan.

Itulah kehebatan legendary card. Sebagai contoh yang lain legendary troop ialah ice wizard yang menggunakan 3 exilir memang menjadi pilihan utama dalam deck aku atas kuasa pemusnahannya. Dengan 3 exilir jika dibandingkan dengan troop 3 exilir memang cukup berbeza.

Berbalik tawaran Clash Royale Legendary Chest yang aku dapat, ia datang dengan pengorbanan gems. Ia memerlukan 500 gems kalau aku nak buka Clash Royale Legendary Chest ini.

Hawau betui!!! Aku ada hampir 300gems, mana aku nak cekau selebihnya. Maksudnya aku kena beli ler!!!

Siapa nak beli..kita main suka-suka jer. Biasalah syarikat pembuat mainan ini kalau kau nak power lebih keluar ler duit. Nyampah...hahaha
Tengok rajah bawah ini...harga nak beli gems...huhuhu
hanif idrus blog

Catat Ulasan

0 Ulasan