
Calon Republikan, Donald Trump membuat kejutan buat Amerika Syarikat dan dunia, apabila memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat.
Berbekalkan pendekatan populis, Trump mengalahkan calon Demokrat, Hillary Clinton untuk muncul presiden ke-45 negara itu.
Kemenangan Trump turut menyebabkan pasaran saham dunia jatuh dan mencetuskan kegusaran mengenai masa depan politik dunia terutamanya berhubung hala tuju kepimpinan Washington.
Aku belum boleh mengulas apa-apa lagi tetapi berdasarkan sepanjang kempen politik beliau kita dapat melihat sikapnya yang terus terang anti China dan Eropah.
Ini belum lagi sikap rasis beliau yang begitu ketara. Namun inilah pilihan rakyat Amerika dan kita harus akui Donald Trump kini adalah individu paling berkuasa di dunia.
Kita lihat dan tunggu apakah dasar beliau.
0 Ulasan