Gary Tinggalkan Running Man

Gary Tinggalkan Running Man

hanif idrus blog
Akhirnya setelah 7 tahun salah seorang ahli Running Man akan meninggalkan rancangan varieti popular ini.

Ahli yang dimaksudkan ialah Gary. Beliau telah mengambil keputusan yang sukar ini atas sebab mahu mengembangkan karier muziknya. Dengan adanya Running Man yang beliau terpaksa sertai setiap minggu menyebabkan beliau tidak dapat membahagikan masa antara karier muziknya dengan Running Man.

Dalam episod terakhir Gary bersama Running Man iaitu Episod 324 amat menyentuh hati melihat salah satu tunjang kekuatan Running Man benar-benar akan meninggalkan Running Man.

Walau pun gelak ketawa sepanjang rakaman Running Man episod ke 324 namun kita tahu kesedihan semua pihak yang telah bersama-sama berjuang dari episod 1 Running Man hinggalah rancangan ini menjadi ikon kegemaran seluruh dunia khususnya Malaysia.

Monday Couple akhirnya akan menjadi kenangan dalam Running Man ini antara Ji Hyo dan Gary. Di awal-awal rancangan ini, Monday Couple merupakan penarik utama penonton untuk menonton Running Man.

Bagi aku, keputusan Gary meninggalkan Running Man adalah keputusan yang salah. Running Man telah banyak membantu kesemua ahli Running Man mengambil kesempatan mengembangkan karier mereka melalui populariti rancangan ini.

Bukannya mengekang karier mereka tetapi sebaliknya. Ini belum dikira jumlah pendapatan yang mereka perolehi melalui rancangan ini serta menjadi hos atau tetamu jemputan beberapa majlis besar yang lain.

Dengan adanya Running Man setiap minggu umpama iklan untuk diri mereka. Setiap minggu wajah mereka dinantikan oleh semua peminat tegar Running Man. Ini adalah satu promosi untuk diri mereka juga.

Jong Kok tetap boleh membuat persembahan muziknya di luar negara. Ji Hyo tetap mendapat berlakon. Seok Jin baru-baru ini mendapat tawaran menjadi DJ. Jae Sok dinobat pengacara paling popular di Korea. Semuanya kerana Running Man.

SBS akan cuba sedaya upaya mengekalkan populariti Running Man ini dan salah satu tindakan mereka ialah memastikan ahli-ahli Running Man sentiasa muncul di kaca tv selain rancangan Running Man.

Gary mungkin terlepas pandang perkara ini. Namun hak beliau untuk menarik diri dari Running Man adalah hak dia. Sebagai pencipta lagu mungkin beliau memerlukan masa yang panjang untuk mendapat inspirasi. Dan Running Man telah menyekat potensinya.

Walau apa pun, selamat tinggal Gary. Aku sebagai peminat no 1 Running Man. Dan belum pernah terlepas setiap episod Running Man memang marah atas tindakan beliau meninggalkan rancangan ini. Terasa kelainanan tanpa Gary....huhuhu.

But show must go on!!!!!
hanif idrus blog
Add caption

Catat Ulasan

0 Ulasan