Pageview Hanif Idrus.com Turun Mendadak

Pageview Hanif Idrus.com Turun Mendadak

hanif idrus blog
Semenjak 3 bulan ini pageview HanifIdrus.com turun mendadak. Penurunan sehingga 70% dari kebiasaannya mendapat 3000 pageview sehari.

Memang teruk tapi entahlah aku tak kisah dengan kadar penurunan yang teruk ini. Aku tetap dengan kegiatan rutin aku publish post seperti biasa seperti hari ini.

Dahulu jika pageview aku menurun dengan teruk, aku memang cukup risau dan sudah tentu aku akan mencari jalan dalam mengatasi masalah ini.

Kini aku hanya menjalankan tugas sebagai blogger sahaja. Sebab utama aku agak malas nak kaji ialah pengiklanan utama aku iaitu Google adsense tak boleh digunakan di hanifidrus.com.

Sebagai blogger salah satu KI utama ialah pageview dan pada masa yang sama peningkatan pageview harus mempunyai imbuhannya iaitu pendapatan sampingan melalui pageview yang tinggi atau klik yang tinggi.

Tetapi Google Adsense telah menolak setiap iklan mereka di masukkan di blog hanifidrus.com gara-gara aku menukar domain secara automatik aku telah kehilangan pendapatan.

Untuk pengetahuan Google Adsense aku dalam kategori Host iaitu ia.boleh digunakan jika aku menggunakan perkhidmatan Google seperti blogspot...huhuhuhu.

Aku ada menggunakan perkhidmatan advertiser alternative seperti Bidvester tetapi sentiasa mempunyai masalah Malware. Feed up.

Dengan tiadanya iklan maka tekanan untuk mendapatkan pageview agak rendah untuk aku. Aku tidak lagi terkejar-kejar mengejar jumlah artikel. Semua artikel aku kini adalah original.

Lebih baik begini....tapi aku ada gunakan Google adsense dalam dua blog aku yang lain sebagai sandaran..hehehehe.

Tapi kesayangan aku tetap hanifidrus.com. Walau bagaimanapun aku akan check kesihatan blog ini, aku rasa SEO aku ada masalah yang menyebabkan pageview ini menurun gila-gila.

6 tahun aku berkecimpung dalam dunia blogger ini dan banyak pahit manis dalam mengekalkan blog hanifidrus.com ini. Tapi misi aku masih belum tercapai untuk memperolehi sumber pendapatan kekal dalam blogger....huhuhuhu.

Catat Ulasan

0 Ulasan