Pertanyaan Pin Dan Bayar Kad Bank Anda

Pertanyaan Pin Dan Bayar Kad Bank Anda

Pertanyaan Pin Dan Bayar Kad Bank Anda
Tadi baru tukar kad debit aku kepada yang baru atas arahan pihak bank yang kini menggunakan Kaedah Pin Dan Bayar. Ia secara automatik akan batalkan kaedah lama iaitu tandatangan.

Kredit kad pun dengar tak lama lagi akan diminta tukar yang baru....Jom baca secara detail tentang Pin Dan Bayar.

DUNIA MAKIN MODEN..

Seluruh industri akan beralih daripada penggunaan kad tandatangan kepada kad PIN mulai pertengahan tahun 2015. Tandatangan akan dihentikan penggunaannya secara berperingkat-peringkat apabila kad dan terminal dinaik taraf. Apabila anda menerima kad PIN yang baharu, anda hendaklah memasukkan PIN apabila dikehendaki, dan bukannya menurunkan tandatangan semasa membuat pembayaran di terminal tempat jualan di Malaysia. Bermula 1 Julai 2017, tandatangan tidak lagi diterima apabila anda menggunakan kad untuk membuat pembayaran dalam negara.

Apakah PIN?
PIN, atau Nombor Pengenalan Peribadi, ialah kod rahsia yang diberikan kepada pemegang kad atau dipilih oleh mereka bagi membuktikan mereka ialah pemilik sah kad pembayaran tersebut. PIN untuk kad Malaysia mempunyai enam digit. PIN anda mestilah sentiasa dirahsiakan dan jangan sekali-kali dicatatkan di mana-mana.

Mengapakah PIN lebih selamat daripada tandatangan?
Penggunaan PIN boleh membantu melindungi pengguna daripada penipuan akibat kehilangan atau kecurian kad kerana kedua-dua kad dan PIN diperlukan untuk membuat pembayaran. Oleh itu, anda perlu sentiasa merahsiakan PIN anda.

Mengapakah saya perlu mendapatkan kad baharu untuk menggunakan PIN?
Anda akan diberikan kad baharu kerana kad semasa anda tidak menyokong PIN untuk membolehkan pembayaran dibuat.

Bagaimanakah saya dapat memastikan PIN saya selamat?
Penting bagi anda untuk merahsiakan PIN supaya kad anda dilindungi daripada penipuan akibat kehilangan dan kecurian. Pastikan PIN anda tidak mudah diteka dengan mengelakkan penggunaan nombor yang boleh dikaitkan dengan anda seperti tarikh peribadi yang penting (contohnya, hari lahir atau hari ulang tahun anda), nombor telefon atau nombor lesen pemandu. Antara langkah-langkah lain bagi memastikan keselamatan PIN anda termasuk:
tidak menyimpan rekod bertulis tentang PIN anda;
tidak membenarkan orang lain melihat PIN anda semasa anda memasukkannya atau semasa ia dipaparkan;
tidak menyimpan PIN anda dalam bentuk yang mudah dikenal pasti sebagai PIN;
tidak mendedahkan PIN anda kepada sesiapa pun (termasuk pihak berkuasa, ahli keluarga atau pasangan);
tidak mendedahkan PIN anda akibat kecuaian atau kelalaian;
memaklumkan pengeluar kad dengan segera jika anda menyedari bahawa PIN anda telah diketahui oleh orang lain; dan
memastikan mana-mana pemegang kad tambahan yang boleh mengakses mana-mana Akaun Kad anda dengan menggunakan PIN supaya memastikan kerahsiaan PIN mereka dengan cara yang dinyatakan di atas.

Catat Ulasan

0 Ulasan