Hari ini sempat aku membaca keluhan dari salah seorang anak buah aku yang meluahkan perasaan tentang tempat kerja beliau di FB.
Aku terbaca secara tak sengaja dan mahu tak mahu sifat ingin tahu maka aku pun mengorek setiap komen...
Biasalah untuk anak-anak muda zaman sekarang ini, apa jua perkara samada baik atau buruk akan di kongsi di laman sosial mereka terutama Facebook.
Dan biasanya komen-komen yang diberikan mesti yang negatif jika hal pekerjaan yang menjadi topik yang utama. Tetapi hari ini aku agak terkejut sebab komen ditempat kerja oleh salah seorang anak buah aku lebih kepada aura positif. Termasuk komen-komen yang diberikan.
Satu kejutan sebab realiti dalam kehidupan manusia ini apabila seseorang itu meluahkan ketidakpuasan hati pasti ada tukang bakarnya. Bukan memberi nasihat tetapi kasi bakar lagi!! Itu realiti dalam kehidupan.
Sebagai contoh jika seseorang itu bergaduh dengan suaminya yang ada skandal, lalu ia post di wall FB. Maka ramai doktor psikiatri yang tak bertauliah memberi nasihat dan nasihat mereka ialah nasihat menuju ke arah kehancuran dan jika termakan komen-komen mereka ini maka ia mungkin boleh membawa kepada penceraian.
Ini termasuk dalam komen tentang hal pekerjaan jika tak puas hati dengan penyelia atau boss mereka maka ramai yang akan menyokong si penulis wall seolah-olah boss mereka ini memang jahat sangat ler.
Itulah realiti sikap manusia apadahal mereka tidak tahu cerita awal kenapa sesuatu perkara itu berlaku. Dan aku memang dah masak dengan perkara sebegini. Biasalah kalau kita jaga ramai anak buah, kita akan jumpa pelbagai ragam manusia ini.
Apatah lagi jika kau seorang yang tegas dan garang macam aku ini,,hahahaha. Tapi aku buat tak kisah sebab inilah imbuhan jika anda memegang jawatan menjaga manusia. Itu realiti.
Dalam dunia ini siapa yang suka penyelia atau boss. Kalau dia orang suka pasti ada sesuatu yang tak kena dengan boss kau orang ini. Sebagai ketua, perkara utama yang kita titikberatkan ialah disiplin. Itu adalah akar dalam managemen manusia. Dan dalam perjalanan menjaga disiplin pasti ada tindakan undang-undang yang kita buat dan beri hukuman pada anak buah kita.
Oleh itu jika anak buah kau tak suka kau maka anda berjaya sebagai ketua..hahahhaha. Tetapi ada juga nak buah yang memahami kenapa kita tegur mereka dan tindakan mereka ialah mengubah diri mereka menjadi lebih baik!!! Ya, aku pernah jumpa ramai anak buah sedemikian dan juga sebaliknya.
Tetapi hari ini aku tersenyum membaca komen yang diberikan oleh anak buah aku. Ada ler sikit hal yang berlaku di kilang dan sudah pasti ada teguran yang dilakukan oleh penyelia.
Dan menakjubkan untuk aku ialah komen yang diberikan oleh rakan-rakannya bersifat santai dan memahami apa yang berlaku pada pekerja ini tetapi tidaklah sampai menulis bahasa kesat pada penyelia mereka.
Baguslah ada perubahan pada pemikiran mereka. Sebagai penyelia bukanlah hobi kami ini nak marah orang. Mungkin pada mereka kami marah tetapi sebenarnya ia lebih berbentuk teguran. Setiap manusia mungkin melihat nada suara penyelia seolah-olah marah tetapi ia bukan marah yek.
Siapa dalam dunia ini hobi dia suka marah orang dan dibenci orang. Tak der yek.
Kalau kita asik marah-marah jer, mahu darah tinggi sampai nanti..hahahahhaha.
Dan ingat, penyelia bukan menjaga anda seorang tetapi beratus orang. Ia tidak mampu melihat setiap masalah anda. Sebab itu jika ada masalah sentiasa beritahu pada penyelia anda. Jangan fikir yang kami tak prihatin, kami juga manusia biasa macam anda semua.
Ada emosi dan mood bila bekerja. Bila banyak masalah yang perlu di selesaikan sudah tentu muka ini macam hawau tetapi kami bukanlah melepaskan mood stress kami pada anda, Kami ingin mendidik anda menjadi yang terbaik dari yang terbaik!!!
Jika kami ada membuat kesalahan, jumpa kami dan beritahu apa kesalahan kami. Jawatan sebagai penyelia bukanlah jawatan diktator tetapi ia berfungsi untuk menjaga kebajikan semua anak buahnya.
Sakit anda maka sakitlah kami...
Jom Baca komen di bawah ini...heheheheheh. I Like It!!
0 Ulasan