
Apa itu Grab? Rasanya semua orang tahu kot iaitu secara ringkas ia berkenaan sebuah perkhidmatan pengangkutan online untuk menghantar penumpang ke destinasi.
Dimana pihak Grab mempunyai aplikasi khas untuk pelanggan mereka memohon perkhidmatan pengangkutan dan pemandu Grab akan menghantar dengan kadar bayaran yang ditetapkan.
Amat mudah berbanding perkhidmatan teksi konvensional yang perlu anda telefon dan tunggu. Dengan Grab, bila-bila masa anda perlukan pengangkutan anda buka sahaja aplikasi, pilih lokasi dan booking!!.
Pemandu yang berdekatan akan menerima permintaan anda dengan menekan butang accept dan pergi mengambil anda.
Nak cari lokasi pelanggan tadi guna sahaja Google Map atau Waze. Pasti anda akan jumpa.
Pekerjaan yang mudah, anda tidak perlu merayau sekitar jalanraya mengharapkan pelanggan di tepi jalan menghayun tangan menyuruh anda berhenti untuk menaiki kereta anda seperti teksi.
Anda hanya perlu parking kereta anda di lokasi penduduk padat dan buka aplikasi Grab dan menunggu ada pelanggan yang berdekatan untuk booking.
Rakan aku kini ramai yang mengguna perkhidmatan Grab sepenuh masa. Dan kadar pendapatan yang mereka perolehi sehari dalam RM100++.
Okey ler macam tu. Tetapi hint untuk menjadi pemandu Grab ini, kereta anda harus bawah 5 tahun. Itu sahaja masalahnya.
Kalau tak anda hanya layak memasuki pemandu hitch atau tumpang. Kadar bayaran agak rendah ler.
Tapi ramai yang mengadu terutama pemandu teksi yang kehilangan pelanggan disebabkan Grab.
Pada pandangan pemandu teksi, Grab ini umpama sebagai teksi sapu yang tak berlesen!!
Tapi aku rasa ianya bukanlah satu masalah kerana pemandu teksi boleh mendaftar dalam perkhidmatan Grab ini. Kerana Grab juga menyediakan perkhidmatan atau aplikasi untuk pemandu teksi.
Cuma masalahnya kebanyakkan pemandu teksi kurang mahir dalam mengguna sistem online yang agak baru bagi mereka. Tapi apa nak buat, mereka kena belajar ler. Jika tidak mereka akan ketinggalan jauh.
Grab pada pendapat aku akan datang merupakan pekerjaan sambilan yang baik untuk rakyat Malaysia.
Anda boleh mencuba dan mendaftar di website Grab ini atau klik ke pautan ini :
https://invite.grab.co/0412be
Aku pun dah mendaftar dan kalau rajin boleh juga jadi pemandu Grab..hehehehe. Kalau rajin..

0 Ulasan