
Sekali lagi kaki wayang menonton filem terbaru Star Wars iaitu Rogue One.
Sebuah filem yang menarik bagaimana perjalanan seorang wanita dalam mencari blueprint Death Star yang di hasilkan oleh bapa beliau.
Rasanya semua dah tahu dan kenali apa itu Death Star kalau mengikuti filem Star Wars terutama filem pertamanya iaitu Episod 6.
Dimana Luke telah menggunakan kemahiran beliau meletupkan Death Star yang merupakan senjata pemusnah planet Imperial.
Tetapi bagaimana sebelum pihak pemberontak meletupkan Death Star dengan bantuan Luke Skywalker mengetahui kawasan yang perlu diletup atau ditembak.
Maka filem Star War Rogue One inilah menceritakan bagaimana segelintir manusia yang memainkan peranan dalam mendapatkan maklumat tersebut. Inilah kisah Star War Rogue One.
Jedi memanglah penamat kisah ini tetapi peranan manusia biasa dalam membantu Jedi adalah intipati kejayaaan mengalahkan pihak Imperial dalam filem Star War Rogue One ini.
Dalam filem ini yang membuat aku terpanggil untuk menonton filem Star War Rogue One ini ialah pelakon cerita IP Man turut ada dalam filem ini selain aku memang peminat Star Wars...hehehe.
Dari segi mainan emosi memang cukup banyak bukan sahaja watak utama tetapi watak pelakon pembantu digarap dengan baik dalam mainan emosi ini.
Perang atau aksi dalam filem Star War Rogue One ini standard filem Star Wars yang lain. Tiada senjata yang baru cuma senjata yang digunakan oleh pelakon IP Man ada sedikit kelainan.
Aku menggalakkan anda melihat filem Star War Rogue One ini kerana ia amat menarik dan paling penting ia ada sangkut paut dengan episod terdahulu. Tak salah aku katakan Star War Rogue One ini adalah filem Star Wars Episod 7.
0 Ulasan