Kaki Wayang kali ini menonton filem kronologi Underworld Blood Wars iaitu kronologi episod kelima semenjak ia ditayangkan pada 2003.
Bila kita dah menonton sekali filem kronologi sebegini maka mahu tak mahu terpaksa kita menonton filem yang selanjutnya. Sekarang ini memang trend pembuat filem Hollywood mengeluarkan filem-filem sebegini semenjak Marvel membuat filem superhero yang berkait antara satu sama lain.
Dengan filem kronologi sebegini, mereka dapat mengekalkan penonton setia dan pada masa yang sama menambah penonton baru. Bijak juga mereka semua ini...hahahaha.
Apa kelainan dalam filem Underworld Blood Wars ini, pada aku ianya filem yang biasa-biasa sahaja. Rating yang boleh kaki wayang berikan ialah 3.5/5.
Cerita ini berkisar tentang watak utama Selena yang telah bertukar menjadi "vampire" hibrid setelah minum darah bapa pertama Corvin. Tetapi masalahnya beliau juga telah melahirkan anak yang darahnya jika di minum oleh Lycan boleh memberi mereka kekuatan luarbiasa. Untuk mengetahui kisah anaknya, anda terpaksa menonton filem keempat Underworld ler.
Dalam Underworld Blood Wars ini pertarungan Selena yang diburu oleh Lycan dan vampire untuk membunuh Selena serta ingin mengetahui dimana kedudukan anak beliau iaitu Eve.
Dalam pertarungan ini kita akan melihat bagaimana ketua Lycan Marius serta Semira ketua vampire yang berebut kuasa luarbiasa Selena dan anaknya.
Pembunuhan serta pergaduhan epik antar Lycan dan Vampire memang menarik dan sepanjang filem ini ia penuh dengan pergaduhan yang agak ganas. Tetapi perjalanan cerita ini agak kosong dan tiada apa-apa pembaharuan.
Ia penuh dan sarat dengan pergaduhan serta puak vampire baru yang akan membantu Selena. Tiada impak kuat yang boleh memberi justifikasi kelainan filem ini dengan filem-filem underworld yang lain.
Sebagai contoh filem pertama berkisar sejarah pergaduhan antara Lycan dan Vampire serta percintaan terlarang antara dua kaum ini. Episod kedua pencarian serigala hibrid dan episod seterusnya pembunuhan Lycan/ Vampire yang pertama dan episod terdahulu tentang keujudan Eve.
Tetapi dalam filem Underworld Blood Wars ini ianya hanya lari dan lari sahaja dari diburu oleh vampire /Lycan. Kemudian bergaduh dan kemudian Selena mendapat kuasa baru apabila ia pergi ke alam mati. Dan kemudian bergaduh lagi akhirnya ia dilantik sebagai ahli majlis tertinggi vampire.
Sebuah filem yang menjual watak Selena dari mula sampai habis tetapi penuh kekosongan. Jika anda minat melihat pertarungan mereka maka boleh menonton filem ini. Itu sahaja...
0 Ulasan