Kecoh Dan Marah Pengurusan Debit Card Lembab

Kecoh Dan Marah Pengurusan Debit Card Lembab

engurusan Debit Card Lembab
Semenjak beberapa hari ini, aku melihat telah menjadi viral gara-gara orang ramai beratur panjang untuk menukar kad debit mereka kepada yang baru.

Membebel ketidakcekapan pihak bank yang lembab. Orang main ramai beratur tapi pihak bank tidak ada membuat apa-apa penambaikan untuk menyelesaikan masalah lambakan pengguna di depan pintu bank.

Rakyat membebl pihak bank ingin mengambil kesempatan mengambil duit rakyat jika lambat tukar sebelum akhir bulan December ini, akan dikenakan caj.

Rakyat membebel tidak dapat debit kad pada hari itu dan terpaksa datang esok untuk mengutip kad. Ini semua kos yang terpaksa ditanggung oleh rakyat padahal pihak bank yang suruh tukar.

Rakyat membebel kasihan melihat warga emas beratur panjang tanpa sesiapa terutama pihak bank mengambil tahu kebajikan mereka.

Alahai kasihannya!!! Pada pendapat aku bebelan viral di FB ini menunjukkan kebebalan mereka. Maaf jika bahasa kasar.

Tapi aku menyampah melihat keluhan rakyat beratur panjang untuk tukar kad dan kemudian kaitkan dengan sistem yahudi ler....pihak bank ambil kesempatan...tak prihatin..

Tapi salah siapa, pihak bank dari awal sudah beritahu suruh tukar kad debit anda kerana ia akan menggunakan sistem baru " pin and pay" yang diminta oleh bank negara. Ini semua untuk mengetatkan keselamatan pengguna juga.

Kenapa bila dah nak tamat tarikh akhir barulah berdedai rakyat bebelan ni nak pergi. Kenapa tak pergi awal-awal tukar kad debit anda.

Bila pihak bank kenakan caj jika lambat marah pula. Padahal maklumat tersebut dah diberitahu awal.

Inilah bebelan rakyat yang kurang pengetahuan dan tak sedar mereka yang salah. Inilah perangai tipikal rakyat Malaysia..

Kalau kau tukar awal, aku rasa tak der masalahkan. Berbanding sekarang dengan kesesakan manusia serta kau menyusahkan kakitangan pihak bank yang terpaksa melayan lambakan manusia dengan kakitangan yang terhad.

Jangan gunakan alasan warga emas!! Mereka pun sama, dah tahu kalau lambat tukar mesti kena beratur panjang. Pergilah awal....

Anak-anak kan ada, mintalah tolong. Lalu apa bezanya hari ini anda beratur dengan teruk berbanding 2 bulan lalu anda tukar kad debit anda.

Maaf jika aku menulis dengan emosi tapi kadangkala menyampah melihat tingkah laku manusia zaman akhir ini. Semua orang salah, kau ajer yang betul.

Lepas tu ambik gambar tunjuk kat FB kutuk bank dan selit hal agama..apendenya.. Bank Malaysia bersifat yahudi dan menekan rakyat. Adakah kau fikir, tindakan kau ini bagus, kau mengeruhkan keadaan.

Akhir kata, selamat beratur. Ini salah anda dan sepanjang anda beratur senyum ajer dan niat di hati ini salah aku dan akan datang jadikan ini sebagai pengajaran.

Aku dan mak aku dah ambil 2 bulan lepas. Nasib baik aku dah buatkan untuk mak aku...Kalau tak mahu juga aku membebel dalam kebebalan...
engurusan Debit Card Lembab

Catat Ulasan

0 Ulasan