
Aku rasa ramai yang menulis kenapa mereka berblogging. Tahun 2016 adalah tahun keenam aku telah berblogging dan secara serius pada tahun 2012.
Jika dikira baru 4 tahun aku secara serius berblogging. 2 tahun sebelum itu adalah mempelajari apa itu berblogging.
Jika difikirkan, hobi berblogging ini membuang masa. Apatah lagi apabila kita mula-mula berblogging memang cukup penat. Untuk mencari pembaca, blogwalking adalah perkara utama yang harus kau lakukan. Berjalan satu persatu pintu rumah blogger dan beri salam dan lepak jap beri komen.
Semuanya semata-mata untuk mencari pembaca dan mencari pagejuice untuk blog kau agar spider boleh crawl lagi pantas ke blog kau melalui pandangan SEO.
Tujuan aku berblogging ini mengikut umur blog. Mula-mula berblogging adalah kerana minat untuk menulis. Luahkan perasaan kau di buku blog agar dapat dikongsi bersama pembaca seluruh dunia.
Kemudian ia berkisar mencari pendapatan tambahan, kalau boleh nak jadi kaya dengan berblogging ini. Tapi sampai sekarang tak kaya-kaya..hehehhe.
Dan kemudian ia bertukar menjadi legasi. Ianya bermaksud nama kau terselit dalam dunia laman sesawang ini. Sebagai rujukan untuk anak cucu kau pada masa akan datang...hahahaha.
Aku fikir lagi 20 tahun kalau anak aku nak tengok muka mereka waktu kecil serta aktiviti keluarga boleh ler pergi ke laman sesawang hanifidrus.com.
Bila umur dah tua ni, berblogging menjadi satu bentuk diari kehidupan. Jika mendapat uang melalui blogging ianya satu bonus..
Inilah sebab aku berblogging, ia berubah mengikut perjalanan kehidupan kita. Tapi yang pasti minat masih menjadi nombor satu aku berblogging.
Legasi ker ... Uang kerr... tapi minat tak der pun tak guna jugak. Cuma arah minat itu digunakan untuk mencipta legasi hanifidrus untuk tatapan anak cucu nanti.
Anda pula bagaimana?
0 Ulasan