
Dah berbulan aku main Clash Royale dan baru kini aku masuki Arena 8 setelah berusaha keras menaikkan level troop aku. Hampir semua troop aku kini dengan level 9.
Pelbagai deck yang digunakan dan kini aku hanya guna deck yang murah-murah tapi level yang baik. Kini aku tengah berusaha naikkan level troop aku ke level 10.
Manakala tower aku dah mencapai target yang aku mahukan iaitu level 10. Level yang agak kuat dan makan masa untuk memusnahkan tower aku.
Tapi kalau dapat naikkan tower aku ke level 13..pehhh memang maveles.
Kadangkala ikutkan perasaan mahu sahaja aku beli semua troop yang menjual level. Cepat sikit level aku naik..hehehehe.
Clash Royale ini memang menjenuhkan, perlu sabar untuk naikkan level dan perlu pelbagaikan deck untuk mencari yang terkuat.
Setakat ini aku puas hati dengan pencapaian aku. Aku tak mahu menunggu lagi, mahu terus pergi ke arena 9. Tak payah kumpul level dan kemudian baru nak naik ke arena seterusnya.
Tapi kalau ikutkan aku dah perabih dalam RM150 kot sepanjang beberapa bulan ini beli gold dan gem untuk naikkan level aku. Apa nak buat godaan yang kuat...heheheh.
Tapi aku beli pun bukan dari kocek tetapi duit top up DiGi aku yang aku hidupkan tapi tak pakai. So dari aku menyimpan top up tiap-tiap bulan baik aku perabihkan. Itu ayat orang yang menghalalkan cara..kekekeke.
Untuk tournament pula, aku anggap sebagai tapak latihan untuk memajukan skill. Mana boleh buat latihan pada arena. Habis gold kau..
Untuk peminat Clash Royale selamat maju jaya.

0 Ulasan