Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook Ditendang Dari Running Man

Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook Ditendang Dari Running Man

Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook Ditendang Dari Running Man

Menurut sumber yang dipercayai, Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook telah ditendang dari SBS. Bukannya dengan alasan ingin menumpukan perhatian terhadap kerjaya mereka.

Semua sedia maklum bahawa rating Running Man semakin merundum setelah 6 tahun berada di kaca tv. Tindakan harus diambil dengan merombak semu ahli dan ternyata  Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook adalah pilihan utama mereka.

Mereka hanya mengetahui tentang ini hanya pada 12 December 2016 yang lalu dan ternyata ia mengejutkan semua ahli dan mereka berdua. Tapi inilah realiti kehidupan dan dalam kes ini survival Running Man harus didahulukan.

Tapi sedih juga ler, setelah 6 tahun menaikkan Running Man dan tiba-tiba mereka dipaksa oleh pihak produksi meninggalkan acara variati yang popular ini.

Berita sedih ini telah disahkan oleh kedua-dua agensi yang menjaga Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook. Kemungkinan besar pada tahun hadapan, Running Man akan muncul dengan beberapa wajah baru. Desas-desus menyatakan bahawa Kang Ho Dong bakal menjadi ahli Running Man yang baru. Bersama kita nantikan wajah2 baru yang akan muncul bersama Running Man.

Menurut laporan portal Koreaboo, pihak pengurusan Ji Hyo dan Jong Kook telah mengesahkan perkara tersebut semalam dalam satu kenyataan rasmi.

“Kami difahamkan pihak Running Man akan membuat beberapa perubahan melalui SBS tetapi adakah benar perkara yang diketahui melalui laporan berita yang mengatakan ada anggota yang tidak akan dipanggil kembali.

“Pihak kami tidak mahu mengulas mengenai perasaan Song Ji Hyo terhadap isu ini tapi apa yang boleh dikatakan ini bukanlah ‘ucapan’ perpisahan yang baik untuk kami.

“Sebagai seorang pelakon, memang benar agak sukar untuk dirinya membahagikan masanya dan mempertimbangkan untuk mengundur diri sewaktu perubahan musim program berkenaan.

“Bagaimanapun memang terdapat kekurangan komunikasi daripada pihak produksi yang menjadi penyebab Ji Hyo meninggalkan program tersebut.

“Banyak penyesalan dan gangguan daripada segi emosi, tapi jika inilah keputusan pihak produksi, kami akan menerimanya dengan hati yang terbuka,” jelas pihak pengurusan Ji Hyo, My Company.

Sementara itu, Maroo Entertainment yang mewakili Kim Jong Kook menyifatkan tindakan pihak produksi Running Man itu sebagai tidak profesional dan berat sebelah.

“Benar kami hanya diberitahu mengenai berita Kim Jong Kook meninggalkan Running Man hanyalah melalui sebelah pihak saja.

“Walaupun kesihatannya tidak berada pada tahap terbaik namun Running Man merupakan program yang Kim Jong Kook benar-benar sayang dan hargai,” ulasnya.

Nampaknya selepas 6 tahun bersama-sama, ahli kumpulan Running Man kini satu demi satu telah mula membawa haluan masing-masing. Tidak semua benda akan kekal abadi buat selamanya, Pasti ramai yang bersedih dengan berita ini. Namun itulah kehidupan. Semoga maju jaya buat Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook. Terima kasih kerana menghiburkan kami selama ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan