Tutorial Mengambil Gambar Makro

Tutorial Mengambil Gambar Makro

Tutorial Mengambil Gambar Makro


Hari ini meluangkan masa untuk mengambik gambar makro yang telah lama aku tinggalkan. Bila dah lama sangat tinggal maka perkara asas pun dah lupa...hehehehe.

Terutama macam mana nak pasang extension serta F yang nak kena set..Buat malu jer...Kalau anda nak nak pasang extension tube samada Canon atau Nikon boleh baca artikel brader ini.

Klik : Cara Memasang Extension Tube
       : Cara Guna Extension Tube

Tapi nasihat aku kalau kau dah pasang extension tube dia satu stopper yang harus harus kau tolak untuk memisahkan extension tube dengan lensa kau.

Klik: Stopper Extension Tube

Mengambil gambar makro ini cara yag mudah ialah beli sahaja lenda yang dah siap makro tetapi untuk pengguna asas baik beli sahaja extension tube sebab ia murah tetapi anda akan menghadapi masalah utama dalam mengambil makro iaitu pencahayaan. Sebab itu aku support dengan lampu LED.
Tetapi kalau terang tak payah ler pakai lampu sampingan.

Ini adalah artikel bagaimana mengambil gaambar makro. Klik sini

Tutorial Mengambil Gambar Makro


Gambar di atas ialh salah satu contoh alat yang digunakan untuk mengambil gambar makro. Kalau lihat betul-betul dalam gambar tu tak nampak pun binatang yang hendak diambil gambar tersebut..hehehehehe.

Sebenarnya aku nak ambil gambar ulat gonggok tapi bila masa kau nak cari, ia tak muncul pula...lalu aku tangkap labah-labah kat bilik air rumah aku.

Tutorial Mengambil Gambar Makro

Ini dia gambar labah-labah yang aku tangkap, untuk pengetahuan ia tak mati lagi semasa aku ambil gambar dia. Lepas ambil gambar labah-labah ini aku lepaskan dia. Bagus labah-labah ini jadi model fotografi aku..hehehehe

Disebabkan labah-labah ini kecik sangat maka gambar makro aku tak begitu baik ler....tak sharp ler. Memang tak puas hati sebab aku pernah ambil lagi baik sebelum ini.
Ini semua dah lama tak berlatih ambil gambar makro, inilah hasil yang kau dapat...hahahahhaa.


Catat Ulasan

0 Ulasan