Beg Plastik RM0.20 Pun Kecoh Di Selangor

Beg Plastik RM0.20 Pun Kecoh Di Selangor


Hari ini terbaca lagi kekecohan di Selangor tentang pengharaman mengguna beg plastik di Selangor di semua premis perniagaan di Selangor.

Jika nak guna juga, pengguna terpaksa membeli beg plastik dengan harga yang melampau iaitu RM0.20 padahal kos beg plastik hanya RM0.05 sahaja.

Ini semua gara-gara kempen mesra alam atau menjaga alam sekitar kita. Untuk pengetahuan bag plastik yang dibuang bersepah-sepah mengambil masa yang terlalu lama untuk terurai di tanah. Sudah tentu dalam jangka masa panjang jika tidak dikawal akan memberi impak kepada alam sekitar.

Tapi yang kecohnya ialah tindakan kerajaan Selangor dalam usaha menjaga alam sekitar mereka telah mengharamkan penggunaan beg plastik dan kalau anda berdegil juga kena cas RM0.20 satu helai beg plastik.

Kasihan Azmin kena kecam sehingga digelar Azmin 20 sen...hehehehe.

Tapi aku lagi kasihan melihat penduduk Selangor yang rata-rata berfikiran sempit. Untuk pengetahuan semua sebelum Selangor mulakan kempen ini, Melaka dah mula setahun yang lalu.

Mula-mula kecoh juga ler sebab terpaksa beli beg plastik. Kasihan tengok makcik-makcik bawa barangan dapur tanpa plastik.

Aku pun sama, dah penuh satu troli lupa pula beg plastik tak dibenarkan. Campak ajer semua barangan dalam kereta.

Tapi biasalah permulaan pelaksanaan semua rakyat Melaka hadapi masalah ni.

Tapi orang Melaka ni cepat belajar dan dalam proses pembelajaran pengharaman beg plastik ini kami perlahan-perlahan membeli beg mesra alam.

Kini setiap kali kami ke pasaraya adalah perkara biasa melihat anak-anak muda dan makcik-makcik membawa beg mesra alam kosong di troli atau memegangnya.

Dulu mula-mula nak bawa beg mesra alam ni segan lak. Macam auntie tua lak..hahaha.

Dalam kereta atau motor wajib dah ada 1 atau 2 bag mesra alam sebagai persediaan awal kalau mahu ke pasar raya.

Dan kini zero komplen dari rakyat Melaka. Kami adopt the situation itulah orang Melaka. Mula-mula memang kena beli beg plastik tapi kelamaan apabila mengetahui pentingnya alam sekitar kami semua rakyat Melaka menerima dengan hati terbuka.

Kami dulu pun kecoh gak tapi tak ler macam situasi di Selangor. Kecoh lain macam.

Saya sebagai pengguna pertama yang dilaksanakan beg mesra alam ni menasihatkan anda semua rakyat Selangor..rilek bro. Jangan melenting semacam pula, ikut kami orang Melaka yang memahami pentingnya alam sekitar untuk anak cucu kita yang akan datang.

Kita kena buat perubahan dan setiap perubahan yang baik pasti akan ada rintangan. Rilek Azmin..

Untuk pengetahuan kini di Melaka ada beberapa pasar ray yang mula memberi beg plastik mesra alam, sebagai contoh Mydin. Dibeberapa kios pula dah ganti dengan beg kertas.

Inilah penambaikan yang anda semua akan lalui.
Kecoh ler anda semua!!! Selangorian...
Jangan marah....

posted from Bloggeroid

Catat Ulasan

0 Ulasan