Mercu Tanda Ipoh Dikecohkan

Mercu Tanda Ipoh Dikecohkan

Mercu Tanda Ipoh Dikecohkan
Aku rasa ramai dah tahu kisah beberapa pemudi memanjat Mercu Tanda Ipoh tanpa sebarang alatan keselamatan atau bahasa international PPE.

Aku faham anak-anak remaja ini memang suka mencuba sesuatu yang ekstrem. Tapi janganlah terlalu ekstrem hingga boleh meragut nyawa anda.

Jika berlaku apa-apa yang susah ibubapa anda. Jika anda jatuh dan mati, bayangkan betapa sedihnya ibubapa yang akan menguruskan jenazah anda.

Jika anda jatuh dan lumpuh, bayangkan siapa nak jaga kau sampai tua. Ibu bapa kau juga kena jaga.

Jika kau jatuh dan cacat, kau sendiri tanggung. Lepas tu nak menyesal tiada gunanya.

Saya yakin anak-anak remaja yang buat peel ni semuanya berpendidikan tinggi. Sudah semestinya faham soal keselamatan diri anda.

Jangan sama tarafkan diri anda dengan Mat Rempit.. Mereka semua tu budak tengah belajar kat sekolah, kurang matang. Anda dah belajar tinggi, matanglah sikit...

Jom layan artikel aku jumpa kat FB ini..Kehebatan anak-anak remaja ini.

Mercu Tanda Ipoh Dikecohkan

Ini kisah Norfarihan Baharudin memanjat mercu tanda “IPOH”. Beliau merupakan graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Kolej Islam Antarabangsa. 3 bulan lalu dia baru berusia 23 tahun. Dia berasal dari Kedah dan kini menetap di Ipoh, Perak sambil berniaga online.

Ini bukan pertama kali dia memanjat. Memanjat itu sudah jadi hobinya dan dia begitu meminati aktiviti lasak. Antara yang pernah dia lakukan ialah mendaki bukit dan gunung, meneroka lautan dengan scuba diving dan free diving (tanpa tangki gas OK!), mengembara ke pedalaman, dan lain-lain lagi.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah memberi kebenaran untuk beliau memanjat mercu tanda Ipoh. Turut serta bersama Farihan memanjat IPOH ialah adik bongsu dia, Farina dan kawan-kawan; Faiz, Azlina, Zaki and Lamey. Akhirnya, tiba ke destinasi yang dirancangkan setelah memanjat dari awal pagi selepas Subuh selama 30 minit.

“Secara jujurnya kitaorang (kami) gamble je. No safety gear. Sangatlah bahaya. Tapi saya ambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati untuk tidak jatuh dan tergelincir. Angin pun kuat. So, jangan nak seronok sangat. Beringat-ingat juga.

Mercu Tanda Ipoh Dikecohkan
Mercu Tanda Ipoh Dikecohkan
posted from Bloggeroid

Catat Ulasan

0 Ulasan