Kai Wayang : John Wick 2

Kai Wayang : John Wick 2

 John Wick 2

Hari ini menonton filem terbaru Keanu Reeves iaitu  John Wick 2 sambungan dari cerita episod 1.
Cerita omputih sekarang ini memang trend buat cerita sambungan, mahu tak mahu kita terpaksa  ikuti sambungannya.

Permulaan cerita dimulakan dengan sambungan beliau mencari kereta yang dicuri dalam episod pertama. Permulaan cerita dan cukup dahsyat cara  John Wick melawan semua orang jahat. Gila!!

Ranking yag boleh diberikan ialah 5/5!!! Sepanjang filem ini tak surut kita dijamukan dengan aksi yang mengamatkan pawagam oleh  John Wick.

Pistol dan peluru aku lihat dah macam mainan dlam filem ini. Taktik lawan memang cukup mengasikkan, lain dari yang lain. Itulah keaslian  John Wick.

Tak der bab cinta-cinta atau seks yang disajikan untuk menaikkan filem ini, tak perlu sebab Keanu Reeves sahaja dah menyajikan yang terbaik.

Bermula dengan organisasi jenayah yang melindungi pembunuh upahan iaitu High Table  dimana John Wick ada membuat perjanjian terpaksa membunuh salah seorang ahli majlis High Table.

Hingga beliau telah di kontrak sebanyak 7 Juta USD untuk kepalanya. Perjalanan cerita ini memang terbaik dan kasihan melihat hero kita ini dipukul, di tembak dan di tikam tetapi tetap bangun dan melawan.

Keanu Reeves memang pelakon yang terbaik, eksperisi wajah dan semangat melawan musuh jelas terlihat. Bak kata wife aku, filem yang baik kalau pelakon tak baik, maka tak baik ler filem itu.

Aku sokong sebab dalam filem  John Wick 2 ini  Keanu Reeves memang terbaik. Rugi kalau anda tak menontonnya tetapi ingat ianya hanya 18 tahun ke atas sebab keganasannya...

 John Wick 2

Catat Ulasan

0 Ulasan