
Kaki wayang hari ini menonton filem superhero terbaru iaitu Guardian yang menampilkan beberapa hero yang mempunyai skil luarbiasa melalui eksperimen pihak Rusia.
Apabila dikatakan eksperimen hero ini dihasilkan melalui eksperimen pihak Rusia sudah tentu filem ini adalah filem Rusia.
Rusia juga ada keluar filem superhero? Terperanjat juga apabila menonton filem ini dan melihat krew filem ini kebanyakannya orang Rusia.
Terbaik!!! Rusia ingin mengeluarkan superhero sendiri. Rating yang boleh aku berikan ialah 3/5.
Kasihankan sebab pertama alihsuara yang nampak melampau. Memang sah-sah filem ini dialih suara. Tak best tengok filem alihsuara..heheheh.
Kedua ialah aksi superhero ini tak sehebat filem yang pernah aku tonton. Memang sukar membuat filem yang kuasa luarbiasa. Perlukan impak letupan dan aksi yang boleh melawan aksi filem hero luarbiasa sebelumnya.
Dan mereka gagal dan biasanya sesebuah filem episod pertama memang penuh imbas kembali atau bagaimana mereka menjadi superhero.
Tapi panjang sangat ler beb, bosan gak.
Mungkin filem yang kedua akan penuh dengan aksi yang penuh. Mungkin..
Kisahnya ialah tentang super soldier yang dicipta oleh saintis Rusia yang dinamakan Guardian. Mereka semua di bawah satu agensi iaitu Patriot.
Setelah tamatnya perang dingin semua ahli guardian telah berpecah namun mereka digabungkan kembali apabila saintis gila yang boleh mengawal alat elektronik tanpa talian telah cuba memerintah dunia.
Maka ujudlah pertentangan ahli Gurdian dengan saintis gila yang mengawal jentera melalui fikirannya.
Aku kasi rating 3 disebabkan perbandingan dengan filem aksi superhero yang pernah aku tonton. Filem ini boleh ditonton, anak aku kata best...
Tapi macam kita ini penagih filem, sudah tentu mahuka kelainan kan?
Selamat menonton.
0 Ulasan