
Resident Evil (2002), Resident Evil: Apocalypse (2004), Resident Evil: Extinction (2007), Resident Evil: Afterlife (2010), and again in Resident Evil: Retribution (2012),Resident Evil: Final Chapter(2016)
Itulah kronologi filem Resident Evil yang mengambil masa 12 tahun pembuatannya hingga umur Milla yang cun kini dah berumur 41 tahun.
Filem wajib tengok kalau anda dah mula menontonnya semenjak episod 1 lagi. 12 tahun aku menanti dan menonton setiap sambungan filem zombie yang mengarut ini. Epik zombie kegilaan ramai zombie yang pakai kapak besau.. Ingat tak?
Dalam sebegini tiada rating yang boleh diberikan jika anda penonton setianya. Tak adil rasanya.

Keganasan filem ini memang tak dapat disangkalkan lagi semenjak dari filem pertama lagi. Dan keganasan untuk filem terakhir disambung melalui Resident Evil: Final Chapter.
Aku rasa ini memang filem terakhir sequent Resident Evil sebab Alice telah menjumpai penawar untuk membunuh semua zombie atau mayat hidup yang dijangkiti oleh T-Virus.
Filem ini berkisar Alice yang ditemui oleh Red Queen yang memberitahu pada Alice berkenaan penawar Anti Virus ini.
Kenapa Red Queen iaitu komputer program Umbrella memberitahu Alice? Kena tengok sendiri ler..
Resident Evil: Final Chapter ini dari mula sampai habis bergaduh ajer dan penuh suspen pula tu. Kalau kau kuat mencarut, hati-hati tengok filem ini. Boleh tercarut kat panggung nanti dek suspen cerita ini ...hehehehehe.
Bila cerita bab gaduh, kalau cerita futurustik faham sahaja ler, gaya gaduh tahap gaban...
Menarik untuk ditonton tapi kanak-kanak tak digalak....Selamat menonton.

0 Ulasan