Kaki Wayang xXx: Return of Xander Cage

Kaki Wayang xXx: Return of Xander Cage

xXx: Return of Xander Cage
Hari ini menonton filem aksi dalam kategori 18SX lakonan Vin Disel iaitu kesinambungan Triple X iaitu xXx: Return of Xander Cage.

Filem ini aku kasi rating 4/5 ler sebab pelakon yang berlakon dalam filem ini semuanya kegemaran aku dan yang pastinya pelakon Asia.

Kisahnya bermula Xander Cage yang telah menghilangkan diri di cari semula oleh NSA untuk mendapatkan kembali kotak Pandora yang boleh mengawal satelit dan menjatuhkan ke bumi.

Dalam usaha mencari kotak Pandora itu, Xander Cage telah mengumpul beberapa ahli xXx yang terbaik.

Dalam usaha mendapatkan kotal Pandora itu, rupanya pihak lawan yang mereka cari adalah ahli xXx juga.

Apakah yang terjadi dan bagaimana kesemua ahli xXx menyelesaikan masalah mereka? Siapakah musuh mereka yang sebenar?

Itu anda kena tengok sendiri ler...heheheh.

Dalam filem ini Tony Jaa hero fighter Thailand pun ada berlakon...Donnie Yip hero Hong Kong ada juga berlakon. Mereka sebenarnya hero yang aku suka sangat-sangat.. tak rugi menonton filem ini untuk melihat aksi mereka.

Dari segi aksi, dari mula hingga habis kita di jamukan aksi yang hebat-hebat. Tapi ada juga aksi yang aku tak berapa suka, macam tak logik.

Umpamanya membawa motor dalam air laut membelah ombak atau melompat dari menara telekomunikasi menggunakan ski. Tak logik..

Pengarah cuba mencari kelainan aksi tapi berpada-pada ler... Nasib baik Vin Disel yang buat, nampak real sikit.

Ada juga lawak yang dibuat tapi lawak yang biasa jer. Tapi boleh ler dari langsung tak der...ahaks.

Filem xXx: Return of Xander Cage merupaksn filem aksi yang boleh dikatakan terbaik juga. Tiada guna gadget yang mengarut cuma aksi X treme yang membuat kita teruja.

Walsupun kosong dari segi mainan emosi namun ia tetap terbaik. Sebab itu aku kasi 4/5 ajer..
xXx: Return of Xander Cage

Catat Ulasan

0 Ulasan