Kenali Berus Bulu Babi

Kenali Berus Bulu Babi



Babi adalah satu-satunya haiwan yang bulunya memiliki cabang tiga pada hujungya. Jika anda melihat berus anda memiliki cabang tiga pada hujungnya,lebih baik anda cuba elakkan.


Pembakaran Berus

Rambut atau bulu adalah protein yang dipanggil keratin. Keratin adalah salah satu daripada sekumpulan protein yang dikenali sebagai gentian protein.Gentian Protein mempunyai struktur panjang. Setiap haiwan mempunyai protein keratin dalam dermis (permukaan) pada kulit, kuku, paruh, sirip ikan, dan tanduk haiwan. Dalam kes protein, rambut / bulu yang mengandungi keratin apabila dibakar akan menghasilkan satu bau khas. Bau yang sama seperti apabila kita bau daging panggang.

Jika berus yang diperbuat daripada gentian sawit atau serat apabila dibakar akan segera terbakar, dan tidak mengeluarkan bau yang khusus selain daripada bau pembakaran.


Isu penjualan berus yang diperbuat daripada bulu babi sewajarnya diberi perhatian serius oleh semua pihak terutamanya golongan peniaga.

Peniaga sepatutnya sudah sedia maklum peraturan dan undang-undang sedia ada dan wajib mematuhinya demi menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini.

Apabila ada pihak yang sengaja tidak mahu mematuhi undang-undang yang ditetapkan sudah tentu tindakan tegas perlu digunakan.

Peniaga sepatutnya sedia maklum peraturan ditetapkan iaitu melabelkan barangan yang dijual. Panduan yang menyebut ‘diperbuat daripada kulit babi atau anjing’ wajar dibuat agar orang ramai tidak keliru.

Apabila dikaitkan dengan isu keharmonian kaum, ianya wajib menjadi tanggungjawab semua pihak iaitu mematuhi semua undang-undang dan peraturan.

Babi adalah najis mughallazah, najis berat dan tidak suci walaupun disamak dan ia tidak boleh dimanfaatkan.

Masyarakat Islam juga perlu bijak membuat pilihan barangan berasaskan kepada maklumat yang sahih dan mengelak daripada perkara syubhah.

Inilah pro kontra apabila kita hidup dalam masyarakat majmuk. Pengawalan dan labelling amat penting bagi mengelakkan perkara seumpama begini berlaku.

Catat Ulasan

0 Ulasan