
Beberapa hari yang lepas kecoh di media sosial pihak LPF mengharamkan filem Beauty and The Beast kerana ia mempunyai unsur gay.
Dengan tegasnya jika tiada pemotongan atau suntingan unsur gay maka filem ini akan diharamkan tayangan di Malaysia.
Tahu-tahu hari ini LPF kasi lampu hijau pula untuk tayangan filem ini..hehehehehe.
Di Awani memberitahu tiada potongan atau suntingan dalam filem ini. Secara peribadi, aku menganggap LPF umpama anjing yang menyalak kuat sahaja tapi menyalak pada angin...
Malu oiiiii.....untuk aku isu ini tak perlu dibesar-besarkan. Rakyat Malaysia semua sudah matang. Takkan tengok gay menari, maka kita semua jadi gay....
Tapi ada pepatah, sekali memgenggam bara biar jadi abu. Ini tak der....LPF oiii LPF..
Lembaga Penapisan Filem (LPF) memberi lampu hijau untuk filem Beauty and The Beast ditayangkan di pawagam di negara ini dengan sedikit potongan. Menurut Pengerusi LPF, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid filem yang dinantikan ini diluluskan dengan klasifikasi P13 dengan sedikit potongan.”
Klasifikasi P13 bermaksud kanak-kanak di bawah umur 13 tahun dinasihatkan memerlukan bimbingan ibu bapa.
Tambahnya, selepas pengumuman dibuat oleh pengarah filem berhubung adegan terbabit, LPF perlu mengambil perhatian kerana ia merupakan isu sensitif.
“Kita telah meluluskan filem ini maka tiada lagi isu dengan LPF. Sebaik sahaja filem mendapat kelulusan, ini bermakna ia boleh ditayangkan. Bagaimanapun, tarikh tayangan dan di mana lokasi tayangan bukan di bawah bidang kuasa LPF. Kita hanya mengambil perhatian terhadap kandungan dan membuat keputusan sama ada sesebuah filem itu mendapat kelulusan atau tidak,” katanya.
Tambah Abdul Halim, perkara tersebut bergantung kepada pengedar filem dan pengusaha pawagam.
Filem itu terpalit dengan kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon memberitahu majalah Attitude di United Kingdom bahawa karekter Le Fou dilakonkan oleh Josh Gad adalah seorang gay.
Ia menampilkan bintang terkenal Emma Watson sebagai Belle, Dan Stevens (Beast) dan Luke Evans (Gaston).
0 Ulasan