
Semalam wife aku datang rajin nak mengemas stor simpanan buku-buku novel koleksi beliau.
Tah kenapa tiba-tiba rajin, aku pun kurang mengerti. Pada telahan aku mungkin telah disampuk oleh kuasa Power Ranger yang kami tonton semalam kot...hehehehe.
Apabila kemas-mengemas dimulakan dan semua buku-buku dilonggokkan di ruang tamu menggunakan meja kecik yang boleh diragui kekuatan menampung jumlah buku tersebut, rupa-rupanya memang cukup banyak novel cintan-cintun koleksi bini aku ni.
Kalau jual setiap buah RM5, aku rasa lepas duit minyak kereta sebulan aku ni...hehehehe.
Apa nak buat hobi masing-masing, kita tengok ajer ler. Malas nak layan, itu hak wanita yang jiwa mereka sebegitu suka buku cintan-cintun.
Dari banyak-banyak buku tersebut, aku hanya terbaca sebuah novel sahaja. Aku lupa nama novel tu..
Aku jenis suka membaca novel atau buku penyiasatan atau cerita hantu. Kalau bab cerita cinta, well as lelaki macho aku rasa ia akan mencabar jiwa dan emosi aku...
Dan majalah pula, sudah tentu majalah kamera. Koleksi aku pun boleh tahan juga. Tiap-tiap bulan beli majalah kamera tapi kurang bijak juga...hemmm.
Sekarang aku nak tengok, kat mana Puan Besar aku ini nak simpan buku novel dia yang melambak-lambak ni.
Dan as usual, kita suami ni hanya melihat sahaja ler. Betul tak?.
Kalau kita sepah sikit rumah, membebel mahu pecah gegendang telinga aku ni. Ni aku nak tengok berapa lama buku tu akan diletak atas meja kecil yang tak berapa kukuh tu...hehehehe.
0 Ulasan