Hari kedua tempat pertama kami pergi ialah Kota Dan Muzium Lukut Port Dickson. Kami orang yang pertama yang sampai ke sana dalam pukul 11.00am.
Ingatkan tempat ini tiada orang yang pergi kesana lagi sebab aku lihat infrasturktur di Kota Dan Muzium Lukut Port Dickson macam terbiar sangat.
Nasib baik nampak ada orang menyapu, maksudnya masih berfungsi lagi Kota Dan Muzium Lukut Port Dickson ini.
Kalau aku diminta berikan ranking Kota Dan Muzium Lukut Port Dickson ini dalam rating 5. Aku kasikan 1/5 sahaja. Memang teruk sangat. Tangga nak naik ke Muzium ini nampak sangat kotor dan terbiar. Tempat pondok pula punyalah buruk.
Kalau kau tengok gambar kat atas, kau dapat lihat batu marmar kat sana pun dah pecah-pecah. Dan paling best aku lihat ialah pekerja kat sana aku gerenti semua kaki memulau. Aku boleh katakan lebihan tenaga kerja kat sana.
Security guard sahaja ada 3 dan muka semua tak bermaya. Lembik semacam sama macam Kota Dan Muzium Lukut Port Dickson..hehehehehe.
Aku bukan mengutuk Kota Dan Muzium Lukut Port Dickson tapi inilah realiti. Kota Dan Muzium Lukut Port Dickson dah macam kawasan terbiar. Kasihan aku lihat kawasan sejarah ini.
Yang terjaga ialah rumah yang memaparkan sejarah Lukut. Kemas sikit kawasan tersebut.
0 Ulasan