Majlis Aqiqah Dan Cukur Jambul Puteri Adreena

Majlis Aqiqah Dan Cukur Jambul Puteri Adreena


Majlis Aqiqah Dan Cukur Jambul Puteri Adreena


Pada 18.3.2017 adik ipar aku ada membuat majlis Aqiqah dan cukur jambul untuk anak perempuannya yang berumur 3 bulan.

Majlis ini memang istimewa untuk mereka kerana penantian selama 8 tahun barulah mereka dapat menimbang cahaya mata pertama mereka. Di harap dan di doakan agar bertambah-tambah lagi cahaya mata mereka pada masa akan datang. Amin.

Aku datang lewat sebab kerja malam dan tidur sekejap. Masa datang cukur jambul sudah pun berakhir tapi aku berpeluang melihat baby puteri Adreena tengah syok tidur. Memang baguih dia ni, tak renyek buat selamba jer tidur...

Persiapan untuk cukur jambul Puteri Adreena ini memang awesome, landskap kegemaran fotographer. Cantik sangat!!

Baby pun comel sangat tapi malangnya aku tak bawa kamera pula. Ambil jer gambar pakai Note 5 aku tapi hasilnya memang meveles juga ler.

Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang bergambar di landskap mereka. Aku tabik pada jurufoto yang ambil gambar Puteri Adreena tengah tidur tu. Memang comel sangat-sangat..
Teringin pula hendak menimang baby baru...huhuhuhuhu.



Majlis Aqiqah Dan Cukur Jambul Puteri Adreena

Majlis Aqiqah Dan Cukur Jambul Puteri Adreena

Majlis Aqiqah Dan Cukur Jambul Puteri Adreena

Catat Ulasan

0 Ulasan