Menginap Di Strait View Villa Port Dickson

Menginap Di Strait View Villa Port Dickson


Percutian 3 hari 2 malam kami menginap di Strait View Villa Port Dickson.

Ianya berdekatan dengan Marina PD Resort dan tidak jauh dari Teluk Kemang atau Pantai Cahaya Terang.

Pada mulanya kami nak sewa hotel sahaja sebab kalau di hotel ada breakfast dan layanan lebih teratur.

Berbanding kalau sewa di apartment, pernah banyak kali terkena sewa apartment yang kemudahannya banyak yang rosak dan satu bangunan hanya keluarga aku sahaja yang menginap.

Tapi untuk Strait View Villa Port Dickson ini amatlah berbaloi sebab dalaman di apartment ini bersih.

Kami sewa apartment 2 bilik dan semua aircond berfungsi dengan baik. Air panas pyn berfungsi dengan baik.

Peti ais bersih dan tidak berbau. Air masak pemanas pun berfungsi. Kerusi dan meja pyn bersih. Puas hati.

Paling puas hati kolam renang dia pun besar dan ada guard yang jaga. Disebabkan kami bercuti dari Ahad hingga Selasa, tak ramai yang bercuti maka kolam renang kami yang punya...hihihi.

Jangan banding perhidmatan hotel dengan apartment yer. Jauh bezanya namun apartment yang kami sewa ini berbanding pengalaman lalu. Inilah yang terbaik.

Harga pun berpatutan 3 hari 2 malam harganya RM560 sahaja.

Jom lihat gambar apartment ini.





Catat Ulasan

0 Ulasan