Rumah Terbalik Di Port Dickson Negeri Sembilan

Rumah Terbalik Di Port Dickson Negeri Sembilan

Rumah Terbalik Di Port Dickson Negeri Sembilan
Cuti sekolah telah bermula, tahun lepas memang tak bawa budak-budak pergi berjalan sebab kerja yang tak habis-habis.

Mahu tak mahu kali ini memang kena bawa, kalau tak bawa jalan kejam rasanya...heheheheh. Plan pergi dekat-dekat sahaja di Port Dickson. Rasanya dah tiga tahun tak pergi Port Dickson maka sesuai rasanya kami ke sana semula.

Perkara pertama yang aku lihat perubahan dalam jalanraya banyak dah baik. Dulu masa pergi tengah buat jalan lagi..hehehehe.

Masa dalam perjalanan signboard pertama yang kami jumpa ialah Rumah Terbalik. Tempat pertama yang diterjah ialah kawasan ini ler.

Bayaran untuk rakyat Malaysia ialah RM20 untuk dewasa manakala kanak-kanak ialah RM15 dan warga emas RM15,

Di dalam Rumah Terbalik ini ialah ia bukan sahaja kawasan rumah terbalik tetapi terdapat kawasan mistik dan beberapa item yang lain.

Anak-anak memang gembira apabila gambar diambil termasuk ibubapa juga...hahahahaha.
Puas hati pergi ke Rumah Terbalik Port Dickson ini.

Disini sebahagian dari gambar yang kami ambil di Rumah Terbalik Port Dickson Negeri Sembilan.

Rumah Terbalik Di Port Dickson Negeri Sembilan


Rumah Terbalik Di Port Dickson Negeri Sembilan

Rumah Terbalik Di Port Dickson Negeri Sembilan

Catat Ulasan

0 Ulasan