TMJ Menjadi Presiden Baru FAM

TMJ Menjadi Presiden Baru FAM


Khabar gembira untuk bolasepak Malaysia apabila TMJ telah dilantik sebagai Presiden baru FAM.

Satu titik tolak dalam mengubah pentadbiran lama kepada satu bentuk pentadbiran baru yang aku rasa akan lebih baik.

Semua sudah ketahui TMJ dalam masa 2 tahun telah menukar JDT menjadi pasukan yang digeruni di Malaysia dan Asia.

Mungkin untuk menukar FAM akan memakan masa tapi aku rasa tidak mustahil ia boleh dilakukan dibawah kepimpinan TMJ.

Kongres FAM ke-53 menyaksikan sejarah baharu apabila presiden baharu dilantik.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah diangkat sebagai Presiden FAM baharu selepas menang tanpa bertanding selepas pencabar Tan Sri Annuar Musa menarik diri pada saat akhir.



Berikut merupakan keputusan penuh Kongres FAM ke-53 hasil undian dari 38 perwakilan:

Tunku Mahkota Johor – Presiden
Datuk Seri Subahan Kamal – Timbalan Presiden
Datuk Wira Yusoff Mahadi – Timbalan Presiden
Encik Joehari Ayub – Naib Presiden
Dato Ab. Ghani Hassan – Naib Presiden
Dato Sivasundram – Naib Presiden
Datuk Rosmadi Ismail – Naib Presiden
SAC Dato Azisman Alias – Ahli Eksekutif FAM
Dato Aminudin Omar – Ahli Eksekutif FAM
Datuk Hishamudin Yahaya – Ahli Eksekutif FAM
Dato Jeferey Low – Ahli Eksekutif FAM
Chritopher Raj – Ahli Eksekutif FAM
Subkhidin Mohd Salleh – Ahli Eksekutif FAM
Supt. Dali Wahid – Ahli Eksekutif FAM
Firdaus Mohamed – Ahli Eksekutif FAM
Shafizah Umamah – Eksekutif Wanita FAM
Dato Suraya Yaacob – Eksekutif Wanita FAM
Kita mula sekarang

Dalam sidang media selepas kongres, TMJ berkata yang masa untuk berkerja telah pun bermula.

Baginda sudah mempunyai beberapa rancangan jangka pendek dan juga panjang dalam merangka semula struktur bola sepak negara.

TMJ juga berulang kali mengatakan yang setiap individu yang berkerja bersama TMJ perlu mengikut gerak gaya kerja baginda yang pantas.

Baginda juga akan menyemak semula akaun milik FAM dan meningkatkan standard pengadilan di negara kita.

Selain itu juga, baginda akan merangka perkara-perkara yang perlu demi kebaikan skuad kebangsaan.

TMJ juga menyifatkan peminat adalah cabaran terbesar baginda. Hal ini kerana baginda mahu pastikan setiap perkara yang dilakukan dapat menepati kehendak peminat bola sepak negara.

TMJ juga akan bercakap dengan menteri besar dan ketua menteri untuk menyediakan padang latihan untuk pasukan negeri di Malaysia.

TMJ juga berharap agar setiap pasukan akan membayar gaji pemain tepat pada waktu dan mula mengadakan program pembangunan akar umbi mereka sendiri.

Tahniah kepada para exco FAM baharu yang dipilih, semoga amanah yang diberikan dapat dilakukan dengan cemerlang!

Catat Ulasan

0 Ulasan