Kaki Wayang: Fast & Furious 8

Kaki Wayang: Fast & Furious 8

Fast & Furious 8


Hari ini kaki wayang menonton filem terbaru siri Fast & Furious iaitu Fast & Furious 8. Filem Fast & Furious ini sudah berkisar tentang kehebatan kereta dan kehebatan pemanduan kereta di luar imaginasi pemikiran kita.
Rating untuk filem ini kaki wayang berikan 5/5 untuk filem ini. Memang melampau tapi filem ini memang best ler.

Permulaan watak Dom dan Letty di Cuba berbulan madu serta perlumbaan permulaan sudah mula membuat kita teruja. Dahulu Fast & Furious hanya mengingatkan kita teknik drift yang hebat tapi itu semua semua lapuk kerana Fast & Furious telah melonjak ke arah lebih ekstrem tetapi masih mengekalkan perlumbaan kereta dan sudah tentu tentang kelajuan.

Dalam filem Fast & Furious 8 kali ini Dom telah mengkhianati semua rakan pasukannya apabila ia mencuri alat EMP dari pasukannya dan Luke ( Dwayne Johnson) sehingga Luke dihumban ke penjara dan berjumpa dengan musuh lamanya Ian Shaw ( dari filem Fast & Furious 5). Anda juga harus menonton Fast & Furious 4 untuk mengenali Elena  kerana ia akan memainkan peranan yang besar dalam filem ini.Percayalah!!

Dalam filem ini semua watak masih dikekalkan termasuklah watak terbaru dari filem Fast & Furious 7 iaitu Megan yang mencipta God Eye serta agensi risikan yang dilakonkan oleh Kurt Russel.

Penonton harus menonton kesemua filem Fast & Furious dari 4 hingga 7 untuk memahami pelakon yang terlibat serta penglibatan Cipher iaitu watak jahat dalam filem ini rupa-rupanya terlibat dalam pencurian NIghtshade serta God Eye dalam siri filem yang lalu.

Dalam filem ini kita tertanya-tanya kenapa Dom mengkhianati rakan-rakanya dan bekerjasama dengan Cipher untuk mencuri EMP, pelancar nuklear serta mencuri kapal selam.

Kapal selam di kawasan ais dengan kereta lumba, apa yang anda akan bayangkan kegilaan perlumbaan ekstrem di satu tahap yang lebih tinggi . Dn bukan itu sahaja, di kejar oleh kapal selam!!!

Belum lagi aksi di New York apabila Dom mencuri pelancar nuklear ia telah dikejar oleh pasukannya dan keretanya di tawan oleh pasukannya dan bagaimana ia melepaskan diri memang best!!
Belum lagi beratus-ratus kereta elektronik yang digodam untuk mencuri  pelancar nuklear dari menteri Rusia yang diringi oleh  konvoi bersenjata.

Sedih melihat beratus-ratus kereta langgar sama sendiri serta jatuh dari parking bangunan tinggi. Gila!! Dan melihat Bentley di humban macam kertas ...Inilah kelebihan Fast & Furious sejak dulu lagi, hancurkan kereta!!

Aku tak boleh cerita kenapa Dom khianati rakan-rakannya tetapi tontonilah filem terdahulu kerana ia banyak kaitan.  Fast & Furious 8 memang terbaik.


Fast & Furious


Catat Ulasan

0 Ulasan