Hari ini setelah pagi tadi menjenguk rakan kami Faizal Abdul Mutalib bersandig, malam pula aktiviti reunion kecil-kecilan di Api-Api Steamboat.
Api-Api Steamboat ni kalau tak salah aku dah tiga kali aku kesini termasuk hari ini. Ia tetap terbaik.
Hari ini rakan-rakan Sekolah Tinggi Melaka 87-91 berkumpul di sini, tak ramai hanya dalam 9 orang sahaja dan yang lain-lain mempunyai hal. Biasalah dah umur pertengahan ini banyak tanggungjawab..
Terus terang aku katakan aku tak berapa join sangat team MHS 87-01 tetapi sesekali join juga ler sebab kami dah kenal memang cukup lama.Semuanya tak sombong dan bebas sama seperti kami remaja dahulu. Perangai tetap tak berubah!!
Ada rakan dari Sabah turun ke Melaka hanya untuk bertemu rakan-rakan sekolah lama. Ini lah semangat MHS yang kita mahu..hehehehe.
Setelah makan, sepatutnya ada aktiviti tapi esok aku kerja pula. Lepas makan aku balik rumah. Bilalagi nak jumpa walau ramai duduk Melaka, Semenjak kerja shift 4 hari kerja 2 hari cuti memang susah nak jumpa rakan-rakan lama ini.
Reunion kali ini juga ada T-Shirt yang dibuat oleh rakan kami. Lawa juga T-Shirt tu, sekarang ini dia tengah gila Harley Davidson maka T-shirt pu se akan-akan macam mamat motor ler...heheheheh.
0 Ulasan