Satu lagi lauk dalam kes kematian pelajar Tahfiz yang disebat oleh warden hingga menyebabkan kematian dan kedua belah kaki pelajar tersebut dipotong.
Bila status kau banduan, automatik semua rakyat kecam kau. Menambahkan resume warden tersebut, memang dia bersalah. Itulah mainan wartawan.
Untuk aku itu kisah lampau beliau. Hukuman beliau telah diterima dengan penjara 30 bulan. Persoalannya kenapa pihak madrasah mengambil pekerja yang tak kompeten menjadi warden.
Jika pihak madrasah mengikut prosedur atau kelayakan warden sudah pasti perkara ini tidak akan berlaku.
Tapi mungkin pihak madrasah ketika itu hendak membantu warden tersebut dengan memberi pekerjaan kepada beliau. Niat baik tapi salah.
Jika hendak bantu kasi ler jadi tukang kebun ker..hihihi. Bukan ada jawatan dalam cabang bidang pendidikan yang tak layak untuk warden itu.
Itu persepsi aku tentang kes ini. Tsk pasal- pasal sekarang warden itu kena tuduh kes bunuh.
Kasihan? Aku tak kasihan sebab tindakan warden itu melampau. Dan jika dibaca diari pelajar thafiz yang malang itu, memang dia sangat garang dan selalu mencari kesalahan pelajar itu.
Sekali lagi warden itu tidak boleh disalahkan kerana beliau tiada ilmu mendidik anak-anak kecil zaman sekarang ni yang degil dan nakal. Lagi pun umur baru 29 tahun, jiwa orang muda. Cepat panas.
Pengetua madrasah harus mengambil tanggungjawab ni. Kerana perkara ini berlaku dibawah pengawasan beliau.
Kita lihat sahaja apa perkembangan kes ini.
SIASATAN kematian pelajar lelaki berusia 11 tahun, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi hari ini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh, kata Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar.
Khalid mengumumkannya di Twitter petang ini berikutan kematian kanak-kanak malang itu kira-kira pukul 2 petang tadi.
Khalid berkata polis akan mendapatkan laporan perubatan kanak-kanak itu dan memulakan siasatan serta-merta.
Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Thaqif dan memberi jaminan kes itu diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Penolong warden sekolah tahfiz berusia 29 tahun itu ditahan pada Sabtu kerana didakwa memukul kanak-kanak itu selepas dia dimasukkan ke hospital, di mana kedua belah kakinya dipotong kerana jangkitan.
Beliau dijadualkan menjalani satu lagi pembedahan untuk memotong lengan kanannya tetapi terpaksa ditangguhkan kerana kondisi jantungnya yang lemah.
Mengikut laporan, pembantu warden itu adalah bekas banduan yang pernah menjalani hukuman kerana kesalahan pecah rumah.
0 Ulasan