Francais Alein muncul kembali. Filem wajib tengok untuk semua peminat Alien dan seangkatan Predator.
Filem Alien ini memang cukup banyak siri yang telah difilemkan dan aku akui memang sukar untuk penerbit menerbitkan filem yang lagi baik dari terdahulu.
Untuk filem Alien: Convenant saya beri rating 3/5. Banyak kekurangannya walaupun filem ini memang penuh dengan aksi yang menggerunkan malah membawa transformasi Alien ke satu tahap yang baru.
Dalam filem Alien: Convenant ini, transformasi virus Alien boleh dilakukan dengan hanya menyedut spora yang dilepaskan oleh patigen. Hebat kan?
Filem Alien: Convenant berkisar sebuah kapal kolonial bernama Covenant dalam misi mencari tempat tinggal yang baru. Mereka membawa 2000 kolonis untuk ke planet yang memakan masa 7 tahun.
Nak dijadikan cerita kapal mereka alami kerosakan dan semua krew kapal Covenant telah dibangunkan dari tidur.
Semasa pembaikan pulih mereka mendapat isyarat dari dunia lain. Lalu mereka pun pergi kesana untuk menyiasat dan jika boleh mahu menetap di planet tersebut disebabkan habitatnya yang sesuai didiami manusia.
Malangnya beberapa ahli krew telah terkena spora Alien dan mati semasa tiba disana. Pada masa yang sama mereka terjumpa drone sintetik ( dalam filem Alien wajib ada manusia sintetik ini) yang jahat. Walter nama manusia sintetik ini berusaha membiakkan Alien ni.
Bermulalah cerita tentang serangan Alien ini.
Tapi malangnya, aku pernah melihat cerita Alien yang lagi hebat. Sekadar perut terburai sebab Alien tersebut hendak keluar adalah perkara biasa.
Sekadar melihat terkena asid Alien, itu pun perkara biasa juga. Malah filem ini agak tergantung bagaimana Walter si Manusia Sintetik ini tiba di planet tersebut dan membunuh semua hidupan agak tergantung.
Keliru melihat cerita ini. Dan paling kalut kalau kau nak tahu kesinambungan cerita ini kau kena tengok Alien Porthemus dahulu. Sebab ada kaitannya..
Aku pun dah lupa jalan cerita tu. Jalan cerita yang mengarut tapi penuh aksi. Dan paling hebat ialah ending filem ini, Alien tetap menang...
Kau orang tengok ler baru kau orang faham.
Ini adalah komen peribadi aku yang pernah menonton filem Alien sebelum ini. Tiada apa-apa kelebihan dalam filem ini.
0 Ulasan