Pada 8.5.2017 adalah tarikh tragis buat aku sebab umah mak mentua aku banjir.
Sebelum kejadian itu, aku sempat menonton drama Running Man 2 episod sekaligus sebab aku terlepas 2 minggu berturut-turut sebab kerja.
Pukul 12.40am selepas menonton Running Man aku pun tidur. Dalam jangkamasa aku tidur, 2 kali aku tersedar lampu black off.
Rumah mak mentua ni kalau hujan lebat dengan petir mesti black off. Normal situasi di sana.
Tiba-tiba dalam pukul 2.00am, bini aku kejut kata rumah masuk air. Terkebil-kebil aku bangun xan lihat kain do letakkan di pintu masuk rumah.
Namun semua terlambat sebab air dah masuk. Tapi kami sempat alihkan semua barang dan letam di tempat tinggi.
Kalau air masuk semua barang dah selamat..hummm.
Nasib baik dalam kul 3.20am, hujan dah berhenti. Dan kami bernasib baik air turun dengan cepat.
Bermulalah aktiviti, mengemas yang memenatkan.
Tapi rumah mentua aku semua pakai tiles atau marmar maka ia mudah dikemaskan. Jangan umah mak aku, pakai karpet atau tikar. Kalau banjir memang kena nangis dulu.
Pembersihan dilakukan hingga pukul 5.20am. Hampir semua kawasan yang dimasuki telah dibersihkan. Nasib baik ada tenaga kerja dengan 2 adik ipar, bini aku dan aku. Mak mentua aku tak dicampur ler sebab tak larat.
Lepas tu aku pun tidur. Barang-barang yang dialihkan kemas lepas bangun nanti..hehehehe.
Nasib baik adik ipar aku bangun tersedar air masuk. Kalau tak sedar habis semua tilam dan buku kat rumah ini...
.
Kesilapan kami ialah benteng pasir tak cukup. Dulu rumah mak mentua aku pernah masuk air dan sebagai langkah berjaga-jaga, mereka buat benteng pasir untuk buat hadangan di pintu.
Malangnya pada malam tu, hanya ada 4 benteng pasir. Maka mata hanya melihat curahan air masuk ke dalam rumah dengan hati yang tenang...hehehehe. Kalau cukup benteng, rasanya jumlah air yang masuk ke dalam rumah boleh dikawal.
Tadi tengahari semua dah kemas semua barang dan sepanjang hari semua memalaskan badan.
0 Ulasan