Baca gambar kat atas, si penulis membanggakan pekerja bangladesh ini yang super rajin dan gaji sebulan mencecah RM4k..Wow!!!!
Korok hang!!! Itulah yang aku baca setiap hari tentang kehebatan pekerja asing yang mencapai pendapatan yang amat lumayan. Dan malangnya si penulis mengutuk pekerja Malaysia yang malas bekerja.
Memang aku akui segelintir anak-anak muda kita ni ada yang malas. Dan penyakit malas ni bukan hanya pada rakyat Malaysia atau spesifik satu bangsa sahaja tetapi semua bangsa.
Tetapi kalau kau diberi gaji sebulan 4K dan kena kerja 12 jam. Aku tanya kau nak tak? Sudah tentu kita mahu..!!! Orang bodoh jer yang tak mahu.
Cuba lihat gambar ni sekali lagi. Apa kerja mamat bangla ini. Kerja wiring di tempat tinggi tu. Bahaya tu bro.
Kalau orang kita nak kerja tu belum tentu dapat. Sebab nak buat kerja ini mesti faham pakai PPE dan pergi kursus kat Niosh. Ingat senang- senang majikan nak kasi orang tempatan buat kerja ini.
Kalau berlaku kemalangan, DOSH datang tanya mana kelayakan pekerja tempatan ini. Belum lagi kalau ahli keluarga pasang loyer saman.
Itu sebab orang kita tak dapat kerja. Macam kerja kilang juga. Minimum nak SPM dan kalau temuduga kena ambil peksa lagi. Itu nak kerja operator jer tu. Kalau gagal, kena reject.
Jom kita cerita pasal pekerja asing yang dibanggakan rajin ni. Kalau nak kerja kilang senang ajer, agen hantau kat HR dan HR masukkan ke line.
Tak kira ler kau Myammar kerr..Bangla ker mesti lepas. Walau pun kau tak tahu membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia. Penyelia ini yang kotak-katik nak ajar. Perlu SPM? Perlu ambil peperiksaan? Tak perlu!!!
Ini termasuk kerja macam kat atas tu. Kalau kau pekerja asing semua lepas, tak perlu sijil-sijil ini Sebab kalau pekerja asing ni terjatuh tak der keluarga nak saman dan pampasan yang perlu dibayar. Socso pun tak pening kepala.
Orang kita malas sebab gaji kecik. Kau cerita RM4K berebut orang kita nak kerja cuma tak der peluang. Lain kali periksa realiti tu dulu sebelum menulis.
Pakai bantai jer tulis. Lepas tu kutuk bangsa sendiri. Kau mungkin dah ada kerja tetap dan gaji lebih RM4k sebab tu kau tulis macam ini.
Aku pun sama juga..hehehehe. Tapi pengalaman aku bekerja selama 20 tahun dah cukup masak melihat bangsa kita dipinggirkan. Kasi kepada pekerja asing.
Tapi pada masa yang sama kasihan pada pekerja asing kerana hak asasi setaraf sebagai pekerja di negara ini kerap diperbudakkan. Kalau kemalangan, tindakan pertama hantar balik. Kasihan tahu tak?
Apa yang kau tahu. Menulis jer pandai. Aku marah ni...hahahahaha. Jangan kecam aku.
0 Ulasan