Dah lama rasanya aku tak ber blogwalking ke blog blogger Malaysia. Bertahun juga ler kalau nak dikira...hehehehe. Bukan malas tapi masa tidak cukup mencemburui aku disebabkan kerja yang tak tentu masa ini. Kerja shift ini biasalah....
Sebenarnya salah satu teknik untuk mengiklankan blog anda dengan cara yang paling efektif ialah dengan blog walking. Dan rasanya semua blogger mengetahui rahsia ini . Cuma masa yang diambil untuk blogwalking itu masalahnya. Setiap hari minimum kena luangkan masa dalam 1 jam dan itu pun kita akan dapat dalam 20 blogger kalau internet line kau laju ler. Kalau macam hawau ..dapat ler dalam 10 blogger.
Cara untuk mencari alamat blogger amat senang, kau cuma taip segmen atau gateaway kat enjin carian, Dari segmen tersebut kau masuk ke blog mereka dan pergi ke kotak komen nanti berlambak ler komen pada blog tersebut dan ambil link dari komen tersebut dan kau ucapkan salam perkenalan ler.
Biasanya kalau blogger buat segmen, komen mesti lebih 20 ke atas dan akan dapat 20 URL percuma untuk cari rakan baru.!!! Tadi aku buat, aku dapat 36 komen dan aku pergi semua URL blogger tadi.
Datang menjenguk rakan | ||||||
Salam perkenalan dari blogger baru | ||||||
<a href="http://sideofmuslim.blogspot.my/">Islam is Great</a> |
Contoh diatas ialah teknik yang aku gunakan dan paste dalam kotak komen mereka. Aku ada buat link supaya senang mereka nak ke blog aku tanpa perlu nak copy dan tepek kat browser.
Aku kata aku blogger baru ler...sebab blog baru!! Tak kisah ler kau dah 8 tahun berblogging tapi blog utama kau Hanif Idrus Blog . Blog yang aku promosi ialah Islam Is Great..
Dalam dunia blogger tiada istilah kau blogger lama aau baru, yang penting minat kita sama!!
Dalam dunia blogger tiada istilah kau blogger lama aau baru, yang penting minat kita sama!!
Islam Is Great adalah blog terbaru aku dan aku merancang nak boost up blog ini macam aku lakukan pada blog Hanif Idrus. Lagi pun maklumat senang didapati so aku mampu mengekalkan blog ini.
Apabila kau pergi jalan-jalan ke blog blogger lain. Kau akan mengimbau kembali melihat kesilapan blogger baru dalam memaksimumkan widget mereka. Dengan cursor love-love..dan lepas tu ada air hujan pula turun kat blog mereka..hehehehhe. Teringat aku zaman mula-mula aku berblogging sebijik aku buat macam ini..ahaks..
Ada lagi widget chit chat kat blog mereka. Itu semua dah lama orang tak pakai pun lagi pun ia curi page juice kau ajer. Tapi itulah cara paling cepat untuk blogwalking.
Selain itu aku melihat blogger baru ini masih lagi memikirkan ingin menepek iklan sebarapa banyak kat blog mereka. Mak oii!!! loading time punyalah lama. Itu yang malas kalau banyak sangat iklan dan banyak sangat widget dalam blog. Itu pun aku pernah buat dulu..hahahaha.
Pengiklan popular yang aku lihat masih lagi si Nuffnang ler. Semua blogger baru tepek iklan Nuffnang yang kasi duit dalam Ringgit Malaysia..diulang Ringgit Malaysia..huhuhuhu. Memang lambat ler nak kayo...tapi dari tak der..Betul tak?
Aku tersenyum dan gembira kerana generasi blogging terus berkembang. Pedulikan komen aku kat atas tu...Itu ayat nak sakitkan hati ajer..kalau kau nak sangat ikut kata-kata Goggle dengan istilah loading time, heading tag, alt image dam cam-macam ler. Kosongkan blog kau...hanya isi artikel sahaja.
Ikut citarasa anda, pageview itu bergantung pada anda. Macam aku katakan blogwalking kau maintain, pageview kau tetap akan meningkat!!!
Aku tersenyum dan gembira kerana generasi blogging terus berkembang. Pedulikan komen aku kat atas tu...Itu ayat nak sakitkan hati ajer..kalau kau nak sangat ikut kata-kata Goggle dengan istilah loading time, heading tag, alt image dam cam-macam ler. Kosongkan blog kau...hanya isi artikel sahaja.
Ikut citarasa anda, pageview itu bergantung pada anda. Macam aku katakan blogwalking kau maintain, pageview kau tetap akan meningkat!!!
Ada juga blogger lama yang aku kenal masa blogwalking. Dan aku tabik mereka, walaupun follower dah cecah riban-riban tapi masih lagi minat blogwalking. Itulah blogger sejati dan maintain dengan disiplin sebagai blogger!!!
Tadi aku dah pergi 36 blogger, kalau ikutkan dalam 20% akan kembali ke blog aku . Emmm...kena blogwalking lagi ni.. Malas pula...hihihihihih.
1 Ulasan
Salam perkenalan.. Terima kasih singgah blog saya..