KLIK BANNER DI ATAS UNTUK JOIN ADD ME FAST
ADD ME FAST adalah satu aplikasi yang memberi peluang untuk kita menambahkan like/pageview untuk Facebook, Instagram, You Tube, Twitter dan juga blog kita.
Jika dilihat sepintas lalu ia merupakan satu spam jika blogger menggunakannya terutama jika kita menggunakan opsyen "website hits" untuk blog kita. Jika anda mahu gunakan aplikasi ini untuk menambahkan pageview blog anda. Nasihat saya janganlah nak menipu.
Ia tidak akan memberi apa-apa peluang atau kenaikan rating kepada blog anda malah Google mungkin akan saman malu blog anda dengan membatalkan blog anda.
Aku pernah gunakan teknik ini masa mula-mula bergiat dalam dunia blogging dulu, Sakit hati tengok pageview tak naik-naik dan untuk menyedapkan perasaan lalu aku gunakan aplikasi hampir sebegini untuk naikkan pageview.
Memang naik, tapi ia bukan pageview unik. Ia hanya satu perkara menyedapkan perasaan pageview blog anda naik. Itu sahaja. Malah, seperti yang saya katakan ia satu penipuan.
Walau bagaimanapun kita boleh gunakan ADD ME FAST dengan cara yang lebih bijak untuk menambahkan pageview blog kita dan sekaligus promote blog anda dengan menggunakan portal facebook, twitter dan sebagainya.
Saya mengandaikan anda tahu untuk daftar di ADD ME FAST. Senang sahaja, ikut arahan yang diberikan...hahahaha. ( kalau tak tahu klik di sini)
Pada gambar di atas ada 3 contoh yang saya berikan yang mempunyai no 1,2 dan 3.
Pada no 1 saya sengaja meletakkan blog Hanif Idrus untuk menambahkan pageview di blog saya. Boleh buat tapi menipu ler... Saya sengaja letakkan dan pause supaya ia tidak running dalam ADD ME FAST.
Cara yang terbaik ialah kamu kongsikan artikel kamu dalam facebook milik kamu dan kemudian kamu ambil URL facebook dan masukkan dalam ADD ME FAST.
Pada contoh di atas saya menggunakan artikel facebook saya untuk di share dan like. Share saya kasi 10 point dan kalau sesiapa like saya kasi 5 point.
Anda tahukan bagaimana nak ambil URL artikel yang anda share di facebook. Anda hanya perlu klik pada waktu di post tersebut dan nanti ia akan berikan.
Pada gambar disebelah anda hanya perlu klik pada tarikh yang tertera di facebook dan ia kan memberikan URL poast anda.
Anda hanya perlu copy sahaja dan paste ke ADD ME FAST.
Senangkan.
Apakah kelebihannya? Yang pasti ia tidak menipu malah ia akan memberi peluang untuk blog anda di baca oleh pengguna facebook.
Saya memberikan 10 point jika artikel saya di facebook di share kerana apabila artikel kita dishare di wall pengguna facebook yang lain secara tak langsung friend pengguna facebook yang share artikel saya mungkin akan membaca artikel saya.
Bayangkan jika saya artikel saya di facebook di share berulang kali oleh ahli ADD ME FAST. Pageview blog saya pasti akan meningkat!!!
Manakala opsyen lain ialah saya menambahkan like untuk artikel saya di facebook. Ianya tidak memberi impak yang kuat tetapi psikologinya jika pembaca melihat sesuatu artikel itu di like banyak, ia mesti akan membacanya. Itu hanya dari psikologi sahaja.
Dan teknik ini berjaya kerana melalui stat di blog saya share memang ada pengguna dari facebook klik dan pergi ke blog saya. Memandangkan ADD ME FAST ini global, saya share artikel berbahasa inggeris untuk dishare. Ambil peluang kalau ada pembaca luar negara..hehehheh.
Tapi anda boleh pilih negara mana anda mahu share/like post anda di artikel. Saya pilih all tapi kalau anda guna bahasa melayu pilih ler Malaysia sahaja. Terpulang.
Blog saya tengah usaha untuk naikkan pageview ialah blog baru berkisar tentang islam iaitu ISLAM IS GREAT dan saya gunakan dwi bahasa iaitu melayu atau English.
Pada gambar di atas menunjukkan salah satu punca trafik ke blog saya ada dari facebook. Maka ADD ME FAST ini tak tipu ler..hahahha.
Masalahnya ialah untuk di share artile anda di facebook, twitter atau instagram ia memerlukan point dan untuk anda dapatkan pint anda juga harus klik like atau share post orang lain. Kena buat kerja kalau nak dapatkan point.
Kalau anda kumpul 100 point anda hanya berpeluang memberi 10 orang untuk share artikel facebook anda. Maka setiap hari anda kena berikan waktu untuk diri anda cari point. Ianya amemakan masa tapi saya percaya ia akan memberi impak yang baik untuk jangka panjang.
0 Ulasan