Agihan Bubur Lambuk Sunpower 2017

Agihan Bubur Lambuk Sunpower 2017

Agihan Bubur Lambuk Sunpower 2017
Kalau tak letak gambar penulis macam tak kena pula..hehehe
Setiap kali bulan Ramadhan, pihak syarikat aku pasti ada membuat agihan bubur lambuk secara percuma.

Dalam masa 3 tahun aku kerja di sini, inilah pertama kali aku sertai penyerahan bubuk lambuk kepada pekerja.

Memang kebiasaan Supervisor akan dipanggil untuk sertai dalam perkara-perkara seperti ini. Dulu memang tak kesampaian sebab waktu tak sesuai.

Hari ini production aku lihat jalan smooth jer dan rakan pelatih baru aku iaitu Supervisor baru pun ada. Inilah masa untuk mendera dia..hahahaha.

Terima kasih kepada pihak Sunpower Melaka yang tak habis-habis menjaga kebajikan pekerja mereka.

Ada sahaja aktiviti yang dilakukan untuk pekerja. Perkerja yang gembira akan memberi kualiti dan output yang baik untuk syarikat. Inilah pemikiran industri moden Malaysia terkini.

Lagi pun zaman sekarang ni biasalah dengan generasi baru kita kena pandai ambil hati mereka.

Zaman aku dulu jangan mimpi nak dapat semua ini. Siang malam kau kerja jer.. Tapi aku boleh katakan generasi X kamilah yang membentuk industri negara ini...

Agihan Bubur Lambuk Sunpower 2017
Supervisor Plating ini kalau bab sosial ini memang kesukaan dia ini. Member 16 tahun ..faham dah!!
Ini Dato, memang amalan dia suka buat benda macam ini,. Orang tua katakan..hahaha

Catat Ulasan

0 Ulasan