Apa Itu Cukai Pelancongan ?

Apa Itu Cukai Pelancongan ?


Seperti mana yang kita dengar dan ketahui bermula 1 Julai 2017 kerajaan Malaysia akan kenakan cukai Pelancongan untuk setiap penginapan di Hotel-hotel Malaysia. Termasukan homestay.

Kadar cukai itu adalah seperti berikut:

Lima bintang: RM20 bagi setiap malam
Empat bintang: RM10 bagi setiap malam
Satu hingga tiga bintang: RM5 bagi setiap malam
Satu hingga tiga orkid: RM2.50 bagi setiap malam
Tidak dinilai: RM2.50 bagi setiap malam

Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia, cukai pelancongan turut dikenakan di sebalik membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan caj perkhidmatan. Bagaimanapun, ia berkata bilik berdaftar dengan kerajaan di bawah program homestay dikecualikan daripada cukai.

Selain itu, Kastam Diraja Malaysia berkata premis yang menyediakan penginapan dengan kurang daripada 10 bilik juga dikecualikan. Katanya bilik disenggarakan oleh institusi agama, kerajaan dan badan-badan berkanun untuk tujuan bukan komersial juga diberikan pengecualian.

Cukai ini dilaksanakan untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengunjung. Duit kutipan cukai ini akan digunakan dalam proses mengindahkan dan mencantikan kawasan tumpuan pelancongan. Selain daripada itu, ianya juga akan dimanfaatkan untuk kemudahan pelancong seperti menaik taraf kemudahan dan fasiliti.

Aku tak mahu komen tentang pelaksanaan cukai pelancongan ini. Ada kontra dan pro?
Anda sendiri yang fikirkan..
 

Catat Ulasan

0 Ulasan